BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 27 Julai 2009

KAN DAH KATA !


Bukan Kerjasama PAS-Umno Tapi Kerajaan Negeri Dan Pusat : Nik Aziz

KOTA BAHARU, 27 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Katanya laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar daripada maksud kenyataan beliau.

"Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno," katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebeklum ini untuk melupakan sengketa politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas dan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepetingan rakyat dan perpaduan Islam.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

"Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan," katanya.

Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".

POYOSEDE COMMMENT :

Kan koi dah cakap tidak mungkin Nik Aziz akan wujudkan perpaduan antara UMNO dan PAS.. Nik Aziz hanya pentingkan dirinya. Tiada masa untuk memikir soal Islam, Bangsa dan Negara. Apa yang penting .... fikirla sendiri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia nak projek lah tu, tapi rakyat kelantan nak BN.

Dia dengor Kerajaan Pusat nak bina jambatan kat MU jam tulah kata nak tubuh kerajaan Perpaduan. Sebenarnya dia nak ambil projek tu dari JKR nak tambah duit poket.

Apa.... Ingat Tok Guru x tau bisness ke, dah berapa banyak balak kelantan ditebang habis, kononnya untuk tabung HISBAH. Saya tak tau HISBAH tu apa, tapi HSEBAT taulah.

Tok sah kata orang UMNO perangai macam tu.... PAS lagi teruk, Diaorang kalau tak dapat sama sendiri sanggup maki hamun. kita tak sampailah macam tu.

Nak tau lepas kat mana..... Seberanglah..GOLOK, Kawin Baru.

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Kawan masih tertanya-tanya, kenapa UMNO masih tidak kenal PAS.......

Sudah setengah abaad PAS hanya pandai cakap berputarbelit, tak kan tak tau lagi.........