BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 29 Mei 2009

KEMENANGAN BUKANLAH KEMESTIAN DALAM DAKWAH

HADIS SAHIH RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM NABI BERSABDA :
'Ditunjukkan kepadaku berbagai-bagai umat.Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut.Ada yang bersama sekumpulan (kurang dari 10 orang ). Ada pula nabi yang tiada seorang pun bersamanya...."Namun tidak ada nabi yang mengubah prinsip kerana inginkan pengikut sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang. Lihat saja Nabi Nuh a.s

Daripada hadis diatas dapat difahami bahawa pemimpin yang ada pada hari ini kebanyakan hanya ingin popular dikalangan rakyat dan pengikut sehingga sanggup lakukan apa saja,hina, maki, fitnah-memfitnah antara satu sama lain.Contoh yang jelas ada dalam pemimpin PAS dan PKR. Tok guru yang dimuliakan sanggup mengeluarkan kata nista kepada pemimpin yang lain. Adalah malang jika jamaah yang tidak tahu apakah prinsip yang menjadi teras perjuangannya.Pendakwah Muslimtidak mempunyai kepentingan yang mengatasi prinsip dakwah.Gembira dan dukacitanya melihat orang menerima dan menolak dakwah adalah kerana tanggungjawab hidayah bukan kerana habuan siasah. Perkara ini jelas dalam PAS PKR mereka suka jika musuh buat salah supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan politiknya...Dia tidak gembira bila musuhnya membuat kebaikan dan positf. Dia akan tafsirkan kebaikan itu dengan wajah kejahatan.. Wahai saudara-saudaraku diluar sana renung-renugkanlah.. kembali kepada Quran dan Hadis...