BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 29 Julai 2009

Tulen ke ?




KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.

Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.

Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan "Pergi Jahanamlah Umno" kerana beliau merupakan seorang yang dianggap bertaraf ulama.

"Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama," katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan Pas.

"Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama).

"Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pula mengingatkan parti itu agar jangan beria-ia dengan cadangan mengenai kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

"Kita sambut baik cadangan itu jika atas nama persaudaraan Islam, tetapi lakonan politik Nik Abdul Aziz sebelum ini menyebabkan kita perlu berhati-hati. Kita perlu berwaspada dengan kenyataan Nik Abdul Aziz kerana beliau merupakan pemain politik yang licik," katanya.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.

"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan 'Pergi Jahanamlah Umno', kita juga boleh kata 'Pergi Jahanamlah Pas'," katanya.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap Umno tidak terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh pemimpin Pas malah mereka perlu berhati-hati kerana Pas mempunyai agenda yang tersembunyi.

Selasa, 28 Julai 2009

APA SEBENAR PEMBANGKANG MAHU ??





Koi rasa tulisan ini patut disebarkan agar rakyat tidak tertipu dengan muslihat pembangkang...

Oleh NORAINI ABD. RAZAKnoraini.razak@utusan.com.my


Tidak keterlaluan jika dikatakan sejak akhir-akhir ini banyak permintaan pembangkang 'diperkenankan' oleh kerajaan. Mahu kerajaan perpaduan, kerajaan memberi restu. Mahu suruhanjaya berkaitan kematian Teoh Beng Hock, pantas kerajaan menunjukkan reaksi. Untuk melengkapkan siasatan, ditubuhkan pula inkues bagi mengetahui punca kematian pemuda berusia 30 tahun itu.

Biar pun amat diketahui umum sifat pembangkang, 'perkenan' itu akan berakhir dengan celaan, tuduhan mahupun fitnah, namun segala-galanya ditelan demi rakyat.


Sejak hari pertama kematian Beng Hock, pembangkang tampil dengan idea penubuhan suruhanjaya. Barisan pemimpin pembangkang bekerja keras memperjuangkan suruhanjaya untuk menyiasat segala-galanya berkaitan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.


Istilah suruhanjaya dijaja di sana sini dan pelbagai usaha lain termasuk mengadakan perhimpunan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan dengan bertopengkan alasan menuntut keadilan kematian Beng Hock.


Pelbagai andaian dan rumusan dibuat, termasuk teori-teori konspirasi yang pelik didengar tetapi beria-ia cuba dilekatkan dalam fikiran orang ramai. Malah rumusan awal polis bahawa kematian Beng Hock adalah kematian mengejut, tiba-tiba secara selamba dikaitkan dengan teori pembunuhan oleh pakatan pembangkang.

Begitu juga desakan supaya Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletak jawatan. Apa rasional idea dangkal itu dilaunglaungkan termasuk oleh penasihat pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim?


Apa salah Ahmad Said dan Musa dalam kes kematian itu? Sepantas mana pula siasatan mengenai tragedi yang tidak diingini itu dapat dijalankan oleh SPRM dan PDRM sehingga mereka menuntut supaya hasil siasatan segera diumumkan.

Pihak polis di negara manakah agaknya yang mampu menghabiskan siasatan kes 24 jam selepas kematian dan menghebahkan hasilnya kepada umum. Bukankah ada saksi yang perlu dipanggil, ada juga bahan bukti yang mesti dikorek serta pelbagai kemungkinan lain menyebabkan tempoh sehari tidak melayakkan mana-mana kes sekali pun diselesaikan dengan lengkap.

Hakikatnya, pihak polis boleh saja tampil dengan hasil siasatan yang pra-matang. Tetapi jika tuntutan pembangkang sekali lagi 'diperkenankan', maka umpama mengundang musibah. PDRM pasti dikatakan tergesa-gesa dalam siasatan terutamanya jika dapatan yang diumumkan tidak selari dengan kehendak golongan tersebut.

PDRM akan dituduh itu dan ini. Pembangkang hanya akan menutup mulut jika polis mengumumkan penemuan yang memihak kepada mereka. Apakah pembangkang "sesuci malaikat" jauh daripada segala dosa dan noda sehingga mereka layak menilai dan membuat penarafan tentang siapa yang harus meletak jawatan. Mungkin kerana merasakan diri mereka amat mulia, pembangkang tidak habis-habis tampil mendesak satu demi satu pemimpin meletakkan jawatan.

Paling pelik apabila kerajaan membuat keputusan akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat peraturan siasatan SPRM terhadap Beng Hock, pembangkang terus melenting tidak bersetuju.

Sedangkan sebelum ini, soal peraturan itulah yang beria-ia dibangkitkan oleh mereka. Mereka mendakwa tindakan SPRM memanggil Beng Hock memberi keterangan selama 10 jam bertentangan dengan peruntukan undang-undang suruhanjaya tersebut.

Mereka melaung-laungkan seksyen 30 Akta SPRM - yang kononnya memperuntukkan undang-undang siasatan SPRM hanya boleh berlangsung pada waktu pejabat.

Oleh kerana peraturan siasatan SPRM dikatakan punca kematian Beng Hock, pembangkang mengetengahkan idea, SPRM hanya boleh menyiasat Exco Selangor (negeri pakatan pembangkang) di bangunan kerajaan negeri dan pada waktu pejabat sahaja.

Namun jika diteliti seksyen 30(1) Akta SPRM, langsung tidak dinyatakan tentang siasatan pada waktu pejabat. Tidak ada sepatah perkataan pun merujuk kepada perkara itu. Menyedari SPRM yang baru beberapa bulan dijenamakan semula mungkin masih ada ruang kelemahan yang perlu diperbaiki, maka apa salahnya ditubuhkan suruhanjaya untuk tujuan itu.

Jika soal prosedur siasatan saksi yang dipersoalkan oleh pembangkang maka jawapannya mesti tertumpu ke situ. Sebab itu, apabila pembangkang menolak inkues dan menuntut fungsi suruhanjaya diraja diperluaskan kepada siasatan punca kematian Beng Hock, ada sesuatu yang tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan sedemikian rupa.

Adakah kerana pembangkang tahu Akta SPRM sememangnya tidak mengehadkan tempoh siasatan seperti yang mereka dakwa, maka mereka mengalih kepada tuntutan supaya suruhanjaya diraja menyiasat punca kematian Beng Hock pula. Dan jika kerajaan akur kepada tuntutan itu, apa pula yang akan dibangkitkan selepas ini? Tentunya sebagai pengatur strategi dan agenda yang licik, pembangkang telah ada jawapannya.

Pertama, mereka akan membangkitkan keanggotaan suruhanjaya - jika tidak menepati senarai yang disusun sejak awal lagi, pasti timbul dakwaan suruhanjaya tidak telus. Justeru keputusannya akan dipersoalkan.


Kedua, jika keanggotaan suruhanjaya menepati kehendak tetapi ada penemuan yang tidak memihak kepada pembangkang, maka suruhanjaya akan diperlekeh, ditohmah dan dijadikan bahan untuk dipersendakan.


Ketiga, tidak mustahil akan muncul cadangan penubuhan 'suruhanjaya di dalam suruhanjaya' semata-mata untuk memuaskan hati pembangkang lantaran suruhanjaya yang pertama tidak menepati selera mereka.

Paling pelik apabila pembangkang menolak siasatan punca kematian Beng Hock dijalankan oleh inkues. Antara alasan mereka majistret yang kelak mengendalikan inkues tersebut muda-muda belaka. Rasionalkah alasan itu dilontarkan oleh cerdik pandai dalam pakatan pembangkang? Sedangkan telah banyak inkues sebelum ini termasuk atas permintaan pembangkang tetapi tidak pula dikaitkan dengan usia serta kebolehan majistret yang mengendalikannya.

Bukankah sepatutnya keputusan inkues itu dialu-alukan kerana segala-galanya boleh didedahkan dan akan terdedah, selaras dengan ketelusan yang sentiasa bermain di bibir pihak pembangkang.

Dan inkues bukan berhenti setakat itu. Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya boleh mengemukakan permohonan untuk semakan semula. Maknanya ruang untuk penambahbaikan atau mengubat rasa tidak puas hati masih ada, justeru tidak ada sebab pembangkang menolak keputusan Kabinet. Seperti mana agenda pembangkang yang begitu rapi dan amat berstrategi untuk menolak semua yang diputuskan kerajaan, maka di pihak kerajaan juga mesti ada strategi yang berkesan.

Penolakan penubuhan suruhanjaya diraja dan inkues semata-mata bertujuan menanam rasa tidak percaya rakyat terhadap keputusan kerajaan. Kelak penyokong pembangkang akan bersama-sama mempersoalkan penemuan suruhanjaya dan inkues terutamanya jika ia tidak memihak kepada mereka. Tidak mustahil juga banyak maklumat yang ingin disembunyikan. Sebab itu, baik suruhanjaya mahupun inkues yang diputuskan kerajaan tidak mendapat tempat di hati mereka.

Kejayaan pertama pembangkang di sebalik kematian Beng Hock adalah mengalih perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Keduanya, menanam persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap agensi penguat kuasa undang-undang iaitu SPRM dan PDRM.

Beberapa minit selepas penemuan mayat, pembangkang tampil dengan deretan reaksi dan desakan, mereka juga pantas cuba meranapkan imej SPRM dan PDRM. Usaha itu tidak pernah berakhir dan tidak akan berakhir. Kerajaan mesti bertegas. Melayan kehendak pembangkang tidak akan membantu daripada sudut apa sekali pun. Justeru setiap keputusan perlu menampakkan ia bukan disebabkan desakan, sebaliknya kerana ia sememangnya wajar diputuskan begitu.


Penulis ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.

RASIS !



Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, mereka yang menuduh beliau rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis.

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan tidak terkejut dengan tuduhan tersebut ekoran tulisannya dalam blognya Che Det yang bertajuk ‘Kaki Dalam Kasut’ kerana dirinya pernah dicap sebagai ‘pelampau Melayu’ oleh golongan yang sama sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Menurutnya, cuma yang menyedihkan apabila golongan tersebut, yang tidak mahu menerima hakikat orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi, kelihatan cuba membuatkan kaum lain tunduk kepada desakan atau tuntutan-tuntutan mereka.

“Kalau sesiapa hendak kata saya rasis, mereka ada hak. Tetapi saya berpendapat mereka juga rasis. Saya sudah lama dicap sebagai rasis, sebelum jadi perdana menteri saya dikenali sebagai pelampau Melayu dan apabila saya menjadi perdana menteri,
saya dapati kaum lain tidak bising dengan apa yang saya lakukan.

“Sebenarnya mereka tahu, semasa saya menjadi perdana menteri, mereka juga dapat hak mereka. Saya akan anggap saya tidak memenuhi janji kalau tidak memberi pandangan mengenai orang Melayu yang masih ketinggalan di belakang,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam mempersoalkan banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr. Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu itu dan menuduh beliau sebagai rasis.

Dr. Mahathir berada di sini untuk menyertai Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Beliau yang merupakan pencetus kepada penganjuran dialog tersebut dan bermula dengan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) pada 1995, dijemput sebagai salah seorang anggota kumpulan pemikir utama dalam kebanyakan sesi perbincangan.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir meminta mana-mana pihak yang berpendapat tulisannya dan apa yang disuarakannya selama ini mengenai kedudukan ekonomi orang Melayu tidak betul supaya tampil menunjukkan bukti.

“Kalau ada fakta yang saya masukkan (dalam blog) itu yang tak betul, buktikan yang mana. Semua yang saya tunjuk itu adalah fakta dan kenyataan.
Mengenai kita belum capai, mereka mencapai lebih, itu kenyataan.

“Mengenai kekayaan yang tidak berpihak kepada kita (orang Melayu), itu juga fakta. Kalau mereka mahu, mereka boleh semak kesemua muka surat tulisan saya itu untuk melihat sama ada apa yang saya sebut itu benar atau sebaliknya,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir meminta semua pihak termasuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertanya mengapa sekarang ada pemimpin parti komponen bukan daripada UMNO yang meninggalkan BN dan menyertai parti lawan.

Menurutnya, UMNO atau BN melakukan tindakan yang salah sekiranya berpendapat bahawa dengan menawarkan lebih banyak kepada bukan Melayu akan dapat memenangi hati dan menghentikan sepenuhnya tuntutan mereka.

“Sejak lebih 40 tahun BN memerintah, tidak berlaku pemimpin berhenti dan masuk parti lawan. Banyak pemimpin UMNO yang berhenti tetapi tidak sertai parti lawan. Saya dulu pun berhenti tetapi saya hanya berhenti, tidak masuk parti lawan. Tetapi kita tengok banyak pemimpin komponen lain yang tinggalkan BN.

“Kita sudah melayan permintaan mereka secukupnya tetapi mereka masih tunjuk mereka tidak berpuas hati dan hendak bersama dengan parti lawan. Jadi, kita tengoklah apa maknanya semua itu,” jelasnya.

Mengenai kesediaan kerajaan Pas Kelantan untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat, Dr. Mahathir berkata, berdasarkan pengalaman semasa Pas menyertai BN sebelum ini, beliau berpendapat parti itu tidak ikhlas sebaliknya hanya mementingkan agenda sendiri.

“Saya khuatir dengan niat mereka (Pas). Kalau kita terima, kerjasama dengan siapa? Kalau kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau dengan cuma UMNO, itu sudah jadi parti perkauman. Tak boleh, itu tak sesuai di Malaysia,” katanya.
POYOSEDE COMMENT :
________________________
Dalam bab ini koi memang setuju ngan Che Det. Memperjuangkan Melayu digelar rasis. Biarkan apa mereka nak kata. Siapa lagi nak membela nasib kita kalau kita sendiri tidak membelanya. Dalam Quran al -Ra'd ayat 11 : ada menyebut bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.
Nak harap PAS ? nak harap Anwar membela nasib Melayu ? Jangan mimpi kerana mereka ini hanya mementingkan kuasa dan kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja....
Ada mereka peduli nasib orang kampung? ada mereka kisah nasib pelajar Melayu yang semakin ketinggalan jika dibandingkan bangsa lain ? .....

Isnin, 27 Julai 2009

KAN DAH KATA !


Bukan Kerjasama PAS-Umno Tapi Kerajaan Negeri Dan Pusat : Nik Aziz

KOTA BAHARU, 27 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Katanya laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar daripada maksud kenyataan beliau.

"Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno," katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebeklum ini untuk melupakan sengketa politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas dan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepetingan rakyat dan perpaduan Islam.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

"Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan," katanya.

Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".

POYOSEDE COMMMENT :

Kan koi dah cakap tidak mungkin Nik Aziz akan wujudkan perpaduan antara UMNO dan PAS.. Nik Aziz hanya pentingkan dirinya. Tiada masa untuk memikir soal Islam, Bangsa dan Negara. Apa yang penting .... fikirla sendiri.

DULU LAIN LA NI LAIN




SHAH ALAM – Penyertaan Tun Abdullah Ahmad Badawi ke dalam Pas amat dialu-alukan kerana pendapat bekas Perdana Menteri sering sekata dengan parti itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, antara pendapat yang paling jelas ialah cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat sudah tidak relevan seperti yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Pas tiada masalah untuk terima Pak Lah. Jika beliau sertai kita, beliau bebas kemukakan pelbagai pendapat dan pandangan dan kita akan berbincang jika pendapat dan pandangan itu bersesuaian.

“Tetapi berlainan jika Pak Lah kekal dengan UMNO, sudah tentu beliau hanya boleh bercakap, tapi tidak boleh bertindak dan ini terbukti selepas beliau tidak miliki apa-apa jawatan dalam politik,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu pada Program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, kelmarin yang menyarankan Abdullah keluar dari UMNO dan menyertai parti itu.

Mohamad berkata, walaupun sudah pencen daripada jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan menjadi tamparan hebat pada UMNO dan BN apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Pas tiada masalah untuk menerima sesiapa saja yang berminat menyertai Pas, malah katanya, terdapat beberapa tokoh dari parti UMNO dan BN itu mempamerkan minat menyertai Pas.

“Cuma, masanya belum sesuai mereka berbuat demikian dan apa yang saya tahu faktor utama tokoh berkenaan berminat sertai Pas kerana perjuangan yang ditampilkan Pas dan juga kepimpinan bersih tanpa rasuah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Dewan Ulama Pas Pusat menyambut baik sekiranya Abdullah memilih Pas untuk meneruskan perjuangan politik.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Abdullah adalah pemimpin yang jujur berbanding pemimpin lain dalam UMNO.

“Sememangnya beliau layak duduk bersama di tempat yang banyak memperjuangkan Islam dan Pas parti tepat untuk beliau sertai.

Ditanya kedudukan Abdullah yang dilihat tidak memiliki sebarang kuasa kerana setiap pendapat yang diutarakan ditolak kepimpinan sekarang, Nik Muhammad Zawawi berkata: “Pak Lah mesti membuat keputusan tepat sekiranya beliau mahu perjuangan Islamnya sampai kepada rakyat.”

POYOSEDE COMMENT :

Kalu dulu pemimpin-pemimpin PAS mencerca, memfitnah Pak Lah tetapi diatas kepentingan politik mereka , mereka lupa apa yang telah mereka katakan dan umpatkan.. Inilah yang dikatakan lidah pemimpin PAS bercabang..dan tidak bertulang. Hipokrit kepada masyarakat.Koi harap Pak Lah tidak akan menjadi pengkianat.. Pak Lah masih diperlukan dalam UMNO.

Selasa, 21 Julai 2009

DERITA YANG TIDAK KU PINTA




Rencana ini adalah bahagian dua daripada siri rencana mengenai isu sosial yang memberi fokus kepada kanak-kanak.

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Nasib yang menimpa Ina (bukan nama sebenar) boleh diibaratkan seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

Usia remajanya dicemari noda angkara ayah tiri yang memperkosanya, bukan sekali tetapi berkali-kali.

Ketika itu dia baru berusia 12 tahun dan sewaktu kejadian, ibunya sedang sakit tenat di hospital.

Takut kerana diugut, Ina membuat keputusan untuk merahsiakan perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh ayah tirinya itu yang juga pernah mengambil najis dadah.

"Ina hanya mampu menangis. Ina tak boleh terima ayah tiri perkosa Ina dan Ina tak pernah beritahu emak. Ayah tiri ugut Ina dan Ina tak sampai hati nak beritahu emak memandangkan emak masa itu sakit tenat.

"Ina juga tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran sebab amat kecewa dan benci dengan perbuatan ayah tiri Ina. Ina hanya sempat ambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)," Ina meluahkan perasaannya kepada Bernama.

Penderitaan Ina tidak berakhir di situ kerana dua tahun selepas peristiwa hitam itu, doktor mengesahkan yang dia dijangkiti HIV (Human Immunodeficiency Virus).

KUATKAN SEMANGAT

Menurut Ina yang kini berusia hampir 19 tahun, dia sudah pasrah dengan nasib malang yang menimpanya.

Dia juga semakin tabah meneruskan kehidupannya meskipun tubuhnya terpaksa bertarung dengan virus yang menjadi punca penyakit yang masih belum ada penawarnya iaitu AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit).

"Masa mula-mula dapat tahu Ina menghidap HIV, memang Ina tak boleh terima. Ina sedih dan rasa hidup tak bermakna tapi sekarang Ina sudah redha dengan apa yang berlaku.

"Ina kuatkan semangat demi adik-adik. Mereka tidak ada sesiapa lagi. Mungkin ramai lagi yang menjadi mangsa keganasan keluarga seperti yang berlaku kepada Ina," tambahnya.

Ibu Ina menghembuskan nafas terakhir pada 2004. Ayah tirinya pula meninggal dunia akibat AIDS tidak berapa lama kemudian. Ayah kandungnya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 1996.

Ternyata bukan mudah untuk anak yatim piatu ini meneruskan perjalanan hidupnya dengan bayangan peristiwa hitam yang merenggut kegadisannya. Apa tah lagi, dia kini termasuk dalam golongan orang yang hidup dengan HIV (OHH).

Ina berkata ada ketika ingin sahaja dia melarikan diri dari kampung untuk melupakan kepahitan hidup yang terpaksa ditelan sendirian.

Namun, keadaan emaknya di hospital ketika itu serta ingatan kepada adik-adiknya yang masih memerlukan belaian seorang kakak, membuatkan dia bangkit dari kedukaan dan menghimpun kekuatan untuk meneruskan kehidupan di sebalik onak dan duri yang terpaksa ditempuhinya.

DISISIH KELUARGA

Orang yang hidup dengan HIV dan AIDS bukan sahaja disisih masyarakat tetapi juga anggota keluarga sendiri. Stigma dan diskriminasi ini masih menebal dan begitu menjejaskan emosi serta kehidupan OHH.

Begitulah juga dengan Ina. Dia tidak mendapat sokongan padu keluarga yang amat diperlukan untuk mengurangkan penderitaan yang terpaksa ditanggungnya dalam usia yang begitu muda.

Ina juga memberitahu bahawa dia terpaksa merahsiakan status penyakitnya daripada rakan-taulan kerana bimbang dipinggirkan mereka.

"Tidak semua yang menghidap HIV atas kesalahan mereka sendiri. Ada yang menjadi mangsa keadaan. Bagi orang yang tidak tahu, mereka akan kata semua yang dapat penyakit ini jahat.

"Bagaimana pula jika kanak-kanak bawah umur yang tidak mampu berbuat apa-apa diperkosa, diugut dan kemudian dijangkiti HIV?" soal Ina.

Ketika berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu, dia banyak menerima dorongan dan semangat daripada para doktor yang merawatnya.

Menurut Ina, dia juga dapat banyak kaunseling yang diberi oleh Zaimah Hussin, bendahari Pertubuhan Masyarakat Prihatin Kota Baharu (Prihatin).

JADI CONTOH

Bercakap tentang Ina, Zaimah yang membahasakan dirinya "Kak Mah" berkata beliau kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh Ina.

"Semasa Ina dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu, dia berada dalam keadaan kritikal. Jumlah CD4 (limfosit iaitu sejenis sel darah putih) Ina cuma 3 sedangkan untuk orang biasa, kiraan CD4 adalan antara 600 hingga 1,200.

"CD4 ini penting untuk menahan jangkitan dari luar seperti askar untuk melawan musuh. Di saat itu dia tidak boleh bergerak dan mengalami dehidrasi. Paru-parunya juga mengandungi kuman dan mulutnya dipenuhi fungus. Dia tidak boleh menelan. Keadaannya memang teruk.

"Dia juga fobia untuk bercakap. Nak dengar suara dia memang susah. Dia juga fobia melihat orang," kata Zaimah.

Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Ina tinggal sementara bersama Zaimah sebelum dimasukkan ke sebuah rumah anak yatim dan kemudiannya tinggal di rumah perlindungan Prihatin.

Zaimah terus memberikan kaunseling kepada Ina untuk menguatkan semangat remaja ini. "Saya beritahu Ina dia perlu melawan kelemahan perasaan dan ingatkan dua adiknya yang memerlukan penjagaan seorang kakak.

"Salah seorang adiknya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan kini belajar di sekolah berasrama penuh. Bilangan CD4 Ina juga sudah bertambah kepada lingkungan 900 sekarang," jelas Zaimah.

Menurut beliau, Ina juga kini aktif menjadi penceramah dalam program Prihatin dan secara terbuka dia akan memberitahu status HIVnya.

"Saya memang kagum dengan Ina. Dia kini menjadi lebih periang dan matang. Ina juga menjadi model contoh untuk kaum wanita terutama mereka yang menghidap HIV," tambah Zaimah.

BUKAN KES TEPENCIL

Yang pasti kes Ina bukan kes terpencil. Ini diakui sendiri oleh Zaimah. Menurut beliau, kebanyakan yang terlibat tidak mahu membuat laporan termasuk laporan polis kerana takut maruah keluarga akan terjejas.

Kebanyakan mangsa, katanya, akan menderita dalam senyap. "Inilah penyakit yang sedang menular dalam masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu," katanya.

Menerusi program remaja yang dikendalikan oleh Prihatin, Zaimah berkata pihaknya dapat mengesan banyak kes yang melibatkan keganasan keluarga yang turut memberi impak buruk terhadap anak-anak.

"Kami mendapati ada anak gadis yang menjadi liar kerana mereka bosan tinggal di rumah. "Mereka juga mahu lari daripada keganasan yang dilakukan oleh bapa mereka. Tidak cukup isteri, bapa ini masuk pula ke bilik anak dan tergamak memperkosa anak sendiri," jelas beliau.

Zaimah ialah pengasas Prihatin yang memulakan operasi secara rasmi pada Ogos 2004. Ketika mengambil inisiatif untuk menubuhkan Prihatin, beliau berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu.

Kumpulan sasar utama Prihatin ialah ibu tunggal yang kematian suami. Menurut Zaimah, pihaknya kini mengendalikan 387 orang ibu tunggal dan 702 orang kanak-kanak di mana 285 orang dijangkiti HIV.

Kanak-kanak yang dijangkiti HIV itu, jelasnya, kebanyakan mendapat virus itu daripada ibu mereka sewaktu dalam kandungan lagi.

Zaimah memberitahu bahawa mereka yang dijangkiti HIV di Kelantan dan Terengganu termasuk penagih najis dadah, nelayan dan pemandu lori treler.

"Untuk nelayan laut dalam, bila kapal berlabuh, ada perahu yang menghantar pekerja seks dari negara jiran. Mereka ini kemudian memindahkan virus ini kepada isteri menerusi hubungan kelamin.

"Ada juga isteri yang kematian suami kemudian berkahwin dengan anak teruna dan memindahkan HIV kepada suami. Kes seperti ini banyak di Kelantan," jelasnya.

TEKANAN EMOSI DAN KEHIDUPAN

Zaimah yang sudah 32 tahun bertugas sebagai jururawat menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai program untuk menangani emosi anak-anak yang berdaftar dengan Prihatin.

"Kami tidak bimbang sangat dengan anak-anak yang dijangkiti HIV kerana ada rawatan susulan di hospital. Untuk anak-anak HIV di bawah Prihatin, kami sering buat susulan yang konsisten dengan pakar perunding penyakit ini. Di Kelantan, kami ada dua pakar ini.

"Yang kami lebih bimbang adalah anak-anak yang ibu mereka menghidap HIV," tambahnya.

Menurut beliau, menerusi program dengan anak-anak yang ibu mereka OHH, pihaknya dapat mengesan impak emosi melampau yang ditanggung anak-anak itu.

"Anak-anak itu diberi kertas kosong dan kami menyuruh mereka meluahkan perasaan mereka. Ada yang menulis mereka benci emak mereka dan mendendami ayah mereka kerana kedua-duanya telah menyebabkan mereka disisih masyarakat," kata Zaimah yang kini bertugas sebagai jururawat kaunselor HIV dan AIDS di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Beliau turut merujuk kepada beberapa kes kaunseling yang dikendalikannya. Antaranya kes seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang terjerumus ke lembah pelacuran semata-mata untuk membantu menyara keluarganya.

"Ibu remaja ini menghidap HIV dan ayahnya sudah meninggal dunia. Keluarga lain tidak membantu. Jadi, untuk nafkah hidup, dia menjadi pekerja seks. Dia tidak menggunakan kondom untuk mendapat bayaran yang lebih tinggi. Sekarang dia menghidap HIV. Kes anak ini satu tamparan hebat buat Kak Mah," tambahnya.

Satu lagi kes, katanya, melibatkan seorang remaja lelaki yang tidak bersekolah dan bekerja untuk membantu keluarga.

"Anak ini dieksploit, dipaksa mengangkat barang berat hanya untuk mendapat upah RM1. Ini boleh disamakan seperti kes buruh kanak-kanak," jelas Zaimah.

PERLU UBAH SIKAP

Menurut Zaimah yang sudah 17 tahun membabitkan diri dalam Prihatin, masyarakat Malaysia perlu lebih prihatin kepada isu HIV dan AIDS serta OHH.

OHH, katanya, tertekan kerana bukan sahaja disisih masyarakat tetapi yang lebih berat ialah disisih keluarga sendiri.

"Ini sangat ketara. Ada kes ibu tunggal yang disingkir keluarga mentua selepas suami meninggal. Anak lima orang. Ke mana nak pergi. Pada mulanya mereka tidur di masjid.

"Ada juga kes bukan sahaja tak ada rumah, tak ada juga wang. Kalau masyarakat tahu seorang daripada anggota keluarga menghidap HIV, mereka akan disisih masyarakat. Kalau dia menjual kuih, tiada siapa yang akan membeli kuihnya dan jika dia tukang jahit, tiada siapa lagi yang mahu membuat tempahan.

"Stigma dan diskriminasi masih menebal. Di setiap negeri ada kes HIV dan AIDS. Sekarang kita perlu penyelesaian khususnya untuk mencegah anak-anak daripada menjadi mangsa HIV dan AIDS," tambahnya.

Beliau berkata program kaunseling Prihatin mengutamakan kaunseling keluarga di mana pihaknya akan memberi penjelasan kepada ibu bapa, anak-anak atau adik-beradik OHH juga rakan-rakan mereka.

Katanya, pada peringkat awal, sememangnya ramai yang tidak memahami banyak perkara mengenai HIV dan AIDS tetapi selepas diberi penjelasan termasuk kaedah transmisi HIV, pihak berkenaan boleh menerima penjelasan.

Beliau juga meminta mereka yang menghidap HIV supaya tampil mendapatkan rawatan memandangkan sekarang terdapat rawatan canggih dan masih percuma.

OHH, katanya, juga perlu mendapat kaunseling supaya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan pendirian yang lebih positif untuk hidup yang lebih berkualiti.

Mengenai pembabitannya dalam Prihatin, Zaimah memberitahu bahawa beliau akan memperjuang isu HIV dan AIDS bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di negeri-negeri lain di Malaysia. Buat permulaan, Prihatin sudah membuka cawangan di Terengganu.

"Saya tidak akan pernah berputus asa untuk meneruskan kerja-kerja saya. Kalau saya tak ada pun Prihatin akan terus ada dan akan terus bergerak dan akan menjadi nadi utama memperjuang isu HIV dan AIDS bukan sahaja di Kelantan," tegasnya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Prihatin di nombor 09-7787172.

POYOSEDE COMMENT : Saya rasa tersentuh tatkala membaca tulisan ini.. hari ini kita sibuk dengan isu politik yang tiada penghujungnya, disana ada insan yang menderita.. Rasa bersyukur tidak terhingga aku dilahirkan dalam keluarga yang penuh keperihatinan dan kasih sayang. Saya ingin menyeru kepadaseluruh masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan sekeliling agar kes seperti dapat diatasi..

KONTRAK SOSIAL


Apabila kita membicarakan isu berkaitan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan kita tidak boleh lari dari membincangkan asas kewujudan peruntukan ini yang berasaskan kepada persetujuan semua kaum dengan apa yang dinamakan "kontrak sosial". Formula kontrak sosial yang telah dipersetujui pada ketika negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu telah diterjemahkan dalam artikel 153 Perlembagaan persekutuan.


Apakah sebenarnya Kontrak Sosial itu? Kontrak menurut maksud sebenar merupakan satu perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Manakala "sosial" pula membawa maksud segala yang bersangkut -paut dengan masyarakat dan soal kemasyarakatan.

Kita telah melihat bagaimana rundingan dan penulisan perlembagaan dilakukan. Kita telah melihat peruntukan-peruntukan yang janggal yang berpunca dari tolak ansur golongan Melayu dan bukan Melayu. Sejarah mencatatkan betapa orang Melayu tidak dapat menerima orang bukan Melayu sebagai warganegara. Ini hanya dapat diimbangi dengan pengekalan kedudukan dan hak tertentu untuk orang-orang Melayu.Tolak ansur inilah yang nampaknya mendominasi wacana kontrak sosial di Malaysia.

Sesuai dengan namanya kontrak sosial bukanlah sesuatu yang bertulis sebagaimana dokumen perjanjian. Tidak timbul soal sama ada ia mengikat generasi yang ada sekarang atau sebaliknya. Kontrak sosial bukan isu undang-undang . Ia adalah isu politik, falsafah dan seumpamanya yang memerlukan penyelesaian di lapangan politik. Kontrak sosial tidak harus dilihat sama dengan kontrak membeli rumah. Tetapi ia adalah sebuah teori atau falsafah politik yang melatari peruntukan-peruntukan tertentu perlembagaan.

Adalah penting bagi ahli-ahli Parlimen, anggota pentadbiran dan para hakim memahami hakikat berkenaan.Amat malang apabila ada anggota kabinet sendiri, sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Dr Lim Kheng Yaik tidak lama dulu yang mempersoalkan kewujudan kontrak sosial. Begitu juga anggota dari Sabah yang mempersoalkan kedudukan Islam.

Ada juga pihak yang menyinggung konsep ini tanpa menyebutnya dengan jelas. Mempersoal kedudukan Islam, kuasa mahkamah syariah dan sebagainya juga secara tidak langsung boleh dikatakan tidak memahami asas kontrak sosialdalam perlembagaan kita.

Soal kedudukan Islam apa yang ada dalam perlembagaan hari ini adalah sekadar pengekalan dan penerusan sesuatu yang telah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Oleh sebab itu tidak munasabah untuk dipertikaikan apatah lagi hendak dimansuhkan. Perkara 121(A) mengenai perlindungan kuasa mahkamah syariah dari campurtangan mahkamah sivil, meskipun hanya dimasukkan pada 1988, intipati Perkara 121 (A) sudah berada dalam sistem itu lama sebelum itu.

Mengenai kedudukan istimewa Melayu pula kita harus meneliti peruntukan di bawah Perkara 153 yang sebenarnya cukup fleksibal : ia tidak berhasrat hendak mencipta satu bentuk rejim apartheid yang menindas. Sebaliknya ia hendak menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa menindas kepentingan kaum-kaum lain. Begitu juga mengenai Perkara 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Isu hak samarata yang cuba diketengahkan samada kita sedari atau tidak telah membangkitkan kegelisahan dan ketegangan dikalangan kaum sejak kebelakangan ini. Isu ini tidak harus dibangkitkan sekiranya setiap individu warganegara malaysia lebih bertanggungjawab dan merenung kembali sejarah pembentukan negara dan kewujudan perlembagaan.( baca artikel 153 perlembagaan persekutuan ).

Kepada pihak-pihak yang cuba menhancurkan dan merosakkan keamanan yang ada diharap agar kembali dan akur kepada peruntukan undang-undang yang telah sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana hanya itulah caranya untuk menangkis pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum....

Isnin, 20 Julai 2009

Pelakon Handalan ( PAS,PKR, DAP)


Anggota Umno diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan lakonan pemimpin DAP, PAS dan PKR yang sejak akhir-akhir ini mempamerkan wujud perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik untuk mendapat perhatian rakyat.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata ini dapat dilihat dalam kes perobohan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya, Alor Setar oleh kerajaan negeri Kedah.

Berikutan itu DAP negeri mengumumkan keluar dari pakatan pembangkang negeri itu, tetapi akhirnya menarik balik keputusan itu setelah perbincangan antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Taktik bergaduh sesama mereka dapat juga dilihat di Selangor apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mendesak kerajaan negeri Selangor merombak barisan Exco Negeri, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Serdang di sini Ahad.

Beliau berkata inilah cara digunakan pembangkang agar rakyat tidak mempersoalkan apa yang mereka telah buat, dan apabila terjadi perkara seperti, Umno diminta memberi respon dan berkata "Oh mereka adalah pakatan yang rapuh dan telah berpecah."

"Tetapi selepas itu mereka masuk semula (bersatu). Kalau mereka tak buat macam ini, mereka tak ada modal nak buat. Jadi kalau tidak pun, mereka akan salahkan BN (Barisan Nasional)," katanya.

"Jadi kita (anggota Umno) jangan mudah terpedaya. Mereka tidak berbuat apa-apa untuk rakyat dan hanya menggunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Pada sidang media kemudiannya, beliau berkata Pemuda Umno kini masih menunggu maklumat lanjut dari Dewan Pemuda Pas mengenai wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu.

Razali berkata Pemuda Umno telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan hanya menunggu Dewan Pemuda PAS menetapkan tarikh, masa dan tempat.




Jumaat, 17 Julai 2009

Taawun alal birri wa al- Taqwa





Masih banyak tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati rakyat.

Meskipun keyakinan rakyat sudah mula kelihatan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun kerajaan pimpinan BN tidak boleh merasa selesa.

BN mesti terus bekerja sehingga usaha kita benar-benar dirasai rakyat. Masih banyak perlu dibuat dan memerlukan komitmen bersungguh-sungguh pemimpin BN yang diketuai Yang Amat Berhormat (Najib).

Yang Amat Berhormat (Najib) benar-benar ingin melihat dasar-dasar yang diperkenalkannya dapat sampai dan dirasai oleh rakyat. Sejak merdeka sehingga kini kerajaan BN telah melaksanakan tuntutan sebagai kerajaan dan pemimpin terhadap rakyat yang dipimpin. Seperti Allah telah gambarkan dalam al-Quran dalam surah al-Sabak ayat 15 :

"Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda-tanda di tempat kediaman mereka iaitu kebun di kanan dan di kiri. Makanlah dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya, negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun".


Dari ayat diatas Malaysia yang tercinta ini rakyat hidup aman damai dan menikmati segala kemajuan dan kesenangan yang Allah SWT berikan melalui perantaranya iaitu pemimpin kita. Namun masih ada segelintir rakyat yang tidak pernah mensyukuri akan nikmat ini dan sering berusaha memporak-peranda pemikiran rakyat sehingga tercetus berbagai masalah kebelakangan ini.


Kerajaan tidak pernah jemu-jemu untuk memberi kesenagan dan kemakmuran kepada rakyat. Beberapa dasar kerajaan yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melalui gagasan 1Malaysia jelas disenangi rakyat .


Rabu, 15 Julai 2009

Tahniah BN !




KUALA KRAI,Kemenangan tipis PAS di Manik Urai dengan majoriti 65 undi membuktikan sebahagian besar pengundi kawasan itu mahu pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ia juga menepis anggapan bahawa pembangunan fizikal tidak diperlukan di kawasan itu yang mempunyai lebih 80 peratus daripada 30,000 penduduk berpendapatan rendah seperti pekebun kecil dan penoreh getah.

Sekalipun BN kecundang dalam usahanya menawan kubu kuat PAS itu, namum mesej pembangunan dan pembelaan yang cuba dibawa menepati sasaran pengundi di Manik Urai.

Dari sudut politik ianya dilihat sebagai tamparan kepada PAS, yang pada awalnya yakin mempertahankan kawasan itu dengan majoriti selesa sehingga 2,000 undi mengikut bancian awal.

Sepanjang lapan hari berkempen, BN berjani akan membawa pembangunan di kawasan itu, antara lain membina jambatan baru di Manik Urai Lama dan Masjid di Temalir selain berhasrat menjadikan Manik Urai sebagai Kota Agropolitan.

Agenda pembangunan itu disangkal PAS dengan mendakwa BN hanya mementingkan "urusan dunia" dengan pembangunan fizikal dan meninggalkan tuntutan agama.

Tidak seperti BN yang menjelaskan apa yang ditawarkannya kepada penduduk Manik Urai, PAS dan pakatan pembangkang lebih cenderung memainkan isu agama, isu royalti minyak, selain menggunakan beberapa isu nasional seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan krisis politik di Perak.

Kemenangan tipis itu sebagai "kemenangan moral" kepada BN Kelantan pimpinan Datuk Mustapa Mohamed yang berjaya mengurangkan majoriti 1,352 kepada 65 undi.

"Faktor jentera BN yang berkesan dan sistematik membawa kepada keputusan itu," kata pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Tanpa menjelaskan apa yang akan dilakukan parti itu di Manik Urai, PAS dilihat lebih "ofensif" dengan serangan peribadi kepada kepimpinan UMNO dan BN selain menjawab setiap serangan ditujukan kepadanya.

Antaranya mengenai isu kerajaan perpaduan yang berjaya dimanipulasi parti itu dengan membawa timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pada saat-saat akhir kempen untuk mengembalikan sokongan penyokongnya.

"Isu kerajaan perpaduan dianggap selesai apabila Nasha cium tangan Tok Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," kata penyokong PAS merujuk kepada isu itu yang ditentang keras Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta Anggota Parlimen Bachok itu melepaskan jawatan jika beliau meneruskan idea kerajaan perpaduan bersama UMNO, yang asalnya dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50 memperoleh 5,348 undi untuk menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang mendapat 5,283 undi.

Peratusan keluar mengundi juga melepasi sasaran 85 peratus kepada 87 peratus atau 10,631 daripada 12,293 pemilih di sembilan peti undi.

Namun bagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, keputusan di Manik Urai itu tidak menggambarkan penolakan kepada mana-mana parti bertanding kerana majoritinya yang tipis.

"Ia juga bukan kekalahan total kepada BN," kata Ahmad Atory.

Dari sudut lain, kekalahan "tidak dramatik" itu juga memberikan semangat baru kepada BN selepas parti itu hanya menang satu daripada enam pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini sejak awal tahun.

"Kejayaan merapatkan jurang itu mengembalikan semangat UMNO bahawa mereka masih diterima orang Melayu khususnya di Kelantan," kata Ahmad Atory.

Sekalipun tidak memihak kepada BN, keputusan di Manik Urai merupakan peringatan kepada PAS bahawa mereka tidak boleh lagi mengikut lenggok lama untuk memisahkan antara pembangunan rohani dan jasmani.

__________________________
POYOSEDE COMMENT :

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur PRK Manek Urai kali ini walaupun UMNO kalah,sekurang-kurangnya kita dapat menawan hati rakyat Kelantan dengan majoriti tipis sebanyak 65 undi. Sudah terbukti mereka mahukan perubahan dan pembangunan di tempat mereka. Selama ini mereka hati mereka ditutup oleh ketaasuban mereka terhadap kemuliaan Tok Guru. Now they will see who is Tok Guru ...

Selasa, 14 Julai 2009

Bagusnya bahasa!

Beberapa penyokong PAS melemparkan kata-kata kesat terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semasa beliau melawat sebuah pusat mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Selasa.

Kejadian itu berlaku sewaktu Muhyiddin meninjau perjalanan pengundian di pusat mengundi di Chuchoh Puteri manakala dalam lawatannya ke lima pusat mengundi lain, beliau dilemparkan dengan kata-kata bersifat provokasi.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau hairan kata-kata dan perbuatan menghina pemimpin boleh terkeluar daripada kumpulan penyokong parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam.

"Saya pun hairan dia kata dia parti Islam tetapi kata-kata kesat keluar daripada mulut mereka.

"Ia tidak sepatutnya berlaku, kalau nak menyebut kalimah Allah itu lainlah. Tetapi mengata pemimpin.

"Mengata sesama manusia dan keluarkan kata-kata kesat serta nista bagi saya cukup memeranjatkan kerana keluar dari ahli yang kononnya memperjuangkan Islam," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan peti undi di Chuchuh Puteri, di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sikap para penyokong pembangkang itu mungkin didorong oleh sentimen politik dan keinginan untuk menang dalam pilihan raya kecil itu, walaupun perbuatan itu bertentangan dengan syariat Islam.

Mengulas mengenai kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya, Muhyiddin berkata: "itu tidak apalah, mungkin saya dapat pahala lebih... Itu tok guru ajar saya."

Justeru beliau berharap semua jentera dan penyokong kedua-dua parti supaya mengawal perasaan untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan tenteram.

Beliau berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh petugas BN walaupun diacah dengan kata-kata kesat oleh sebahagian penyokong PAS, di beberapa pusat mengundi.

POYOSEDE COMMENT :

There you see... Telah terbukti PAS bukan mengamalkan Islam secara keseluruhan. PAS hanya ambil hukum untuk kenakan UMNO saja.Tak perlulah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin UMNO! Dah umpama ketika Nabi menyampaikan dakwah yang mengeji itu Yahudi ( Kafir ).Sebaliknya PAS mengeji orang UMNO.. here we can say that PAS is......fikir la sendiri..

Jika mereka ( pengundi Manek Urai ) tidak dapat membuat pilihan tepat hari ini mungkinkah nasib mereka akan jadi seperti penduduk kampung Buah Pala ???
Rakyat Melayu Pulau Pinang, Perak, Selangor apakah nasib mereka sudah berubah setelah diperintah oleh PR??

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa UMNO lah satu-satu parti yang akan terus membela nasin kaum Melayu dan lain-lain....

Jom Baca

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada ahli UMNO yang bercita-cita menjadi wakil rakyat supaya membuktikan komitmen mereka serta berjasa kepada parti.

Presiden UMNO itu berkata ahli yang berminat perlu bekerja kuat mulai sekarang bagi memperkasakan parti agar dapat memenangi kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekarang saya beri amaran. Jangan harap (dipilih). Kami nak pilih orang yang berjasa kepada parti," katanya pada majlis makan malam UMNO Perhubungan Kedah di sini Isnin.

Perdana Menteri berkata ada ahli UMNO yang ghairah melobi untuk mendapatkan tempat dalam parti atau sebagai calon pilihan raya.

""Kalau tak dapat lobi saya, (mereka) lobi pegawai saya, kalau tak dapat pegawai saya, lobi semua orang," katanya.

Beliau meningatkan semua ahli bahawa sokongan rakyat adalah amat penting bagi memastikan UMNO terus menjadi peneraju pentadbiran negara dan kepimpinan parti sentiasa dilihat dekat di hati rakyat.

Katanya UMNO perlu diperlihatkan sebagai sebuah parti yang mendahului zaman dan tidak membiarkan pihak lain yang menjadi juara pembaharuan.

Najib berkata pentadbirannya akan sentiasa mendengar suara rakyat yang merupakan suara keramat dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, menurut Perdana Menteri, setiap pemimpin UMNO perlu mencerminkan parti itu sebagai sebuah parti yang mengutamakan rakyat.

Katanya, usaha memulihkan kekuatan parti di negeri itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan mengelakkan sikap "enau dalam belukar" yang hanya gemar melepaskan pucuk masing-masing.

Beliau berharap UMNO Kedah tidak selamanya menjadi pembangkang dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

Majlis itu turut dihadiri oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Othman Arof dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.


POYOSEDE COMMENT :

DS Najib telah membuktikan kepada rakyat yang beliau benar-benar mendengar denyut nadi rakyat. Beliau telah dan akan melaksanakan 1 Malaysia dengan sebaik mungkin. Selama 100 hari menjadi PM berbagai langkah untuk membangunkan Ummah telah dilaksanakan. Disamping memikirkan kepentingan Melayu beliau tidak lupa kepada bangsa lain yang juga menjadi sebahagian kita.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh DS Najib adalah meliberalisasikan 21 sektor yang mana sebenarnya amat kurang penglibatan bumiputera seperti syarikat perkhidmatan, teknologi, IT dan kewangan. Diikuti pula dengan pemansuhan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang dikatakan menjadi penghalang kepada pencapaian 30% ekuiti bumiputera yang ditetapkan pada tahun 1970.

Kita tahu bahawa DS Najib menyambung tugas dan amanah ketika keadaan ekonomi dan poltik yang tidak stabil. Walaupun begitu dalam masa 100 hari beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik. PPSMI dimansuhkan berikutan ramai pelajar-pelajar terutama pelajar Melayu yang tidak dapat mengikuti pembelajaran Maths dan sains dalam bahasa Inggeris. DS Najib berkata pemansuhan itu bukan bermakna kerajaan tidak mengambil berat twentang kepentingan bahasa Inggeris tetapi untuk menigkatkan prestasi bahasa Inggeris dikalangan pelajar Melayu , kredit hours akan ditambah dan akan diwujudkan matapelajaran sastera Inggeris.

DS Najib sentiasa mengutamakan Melayu dalam segala aspek contohnya UITM yang merupakan satu-satu Universiti untuk Bumiputera. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu agar UITM dibuka kepada kaum lain selain bumiputera, perkara ini dicadangkan oleh bangsa Melayu yang tidak sedar diri iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim... Tetapi diatas usaha DS Najib UITM akan kekal untuk bumiputera.

Ramai masyarakat yang keliru dan tidak faham tentang liberalisasi yang telah dilakukan DS Najib, hakikatnya bukan semua perkara diliberalkan. Contohnya dari segi keselamatan tentunya tidak sesekali diliberalisasikan. Sistem meritokrasi dalam syarikat bumiputera diperkenalkan untuk mewujudkan persaingan dikalangan mereka.

DS najib juga akan memastikan setiap wakil rakyat memenuhi KPI mereka. Dalam PRU 13 nanti hanya calon yang dipilh rakyat sahaja akan dipilih oleh BN.

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita menjaga keutuhan dan kesejahteraan bersama dalam menangani cabaran perubahan lanskap ekonomi dunia dan juga perubahan persekitaran sosial.

Khamis, 9 Julai 2009

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada
Yang Lebih Menyayat Hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah beerti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
Asalkan langkah itu yakin dan cermat
Bagi memastikan Negara
Merdeka dan bangsa terpelihara
Air mata sengsara
Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan
Menggangguk dan membenarkan
Kerana sekalipun bangganya Negara
Kerana makmur dan mewahnya
Bangsaku masih melata
Dan meminta-minta di Negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan
Kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya
Hari ini jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya

Nukilan :-
Tun Mahathir (4 Mei 1996)

_________________________________________________________________

POYOSEDE COMMENT ;

Wahai semua pembaca budiman hayatilah puisi ini , poyosede doakan akan terbit rasa keinsafan dari hati nurani kalian tatkala menghayati puisi ini.. sedarlah bangsaku.......


Rabu, 8 Julai 2009

Tak PO Kalu Jib Tokse Jupo

KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.

"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: "Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian.

"Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata Perdana Menteri.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Nik Abdul Aziz berkata beliau masih beranggapan baik kepada Perdana Menteri yang belum menghantar surat jawapan rasmi menolak tawaran itu.

"Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Nik Aziz kata dia seorang pendakwah ? Ajak manusia dengan cara bil hikmah ?mentadbir ikut cara Islam ? nasihat ? koi rasa nak loya bila baca kenyataan beliau ini. Apa tidaknya selama ini mana cara bil hikmah yang Nik Aziz pakai? samakan orang UMNO dengan komunis, Firaun,Abu Jahal, UMNO kafir, itu yang digelar bil hikmah? Bila ceramah mesti kutuk UMNO, Bila mentadbir mana yang dikatakan tadbir ikut Islam??

Koi pernah satu ketika dulu pergi ke Pasar Siti Khadijah, koi jijik tengok keadaan pasar yang amat kotor dan tikus melintas depan koi, pengotor.. Majlis Bandaran tak wat kerje ke Nik Aziz tak cakne . Itu satu contoh Kebersihan amat dititiberatkan oleh Islam tapi sorry to say la dulu sewaktu Terengganu diperintah PAS pun hal yang sama berlaku.Pasar Payang tempat kunjungan orang ramai pun kotor..Now sudah berseri sejak UMNO ambil alih.

Sudah 20 tahun PAS memerintah Kelantan tapi sehingga hari ini keadaannya masih sama seperti 20 tahu dahulu? Apakah Islam tidak sukakan pembangunan ?
Mujadalah ? Apa tujuan Nik Aziz nak berdebat @ mujadalah ? Nak burukkan UMNO ? Isu apa nak diperdebatkan ? UMNO Islam PAS juga Islam mengapa harus bertikam lidah ? Fikir la ...


Selasa, 7 Julai 2009

Lagi-lagi gugur

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan akhbar itu yang disifatkan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah dan institusi perundangan negara.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian di Balai Polis Kota Baharu pada 11.15 pagi berhubung laporan bertajuk "Tiada Bukti: Pemuda Pakatan Rakyat desak pertuduhan Anwar digugur segera."

Bercakap kepada pemberita kemudian, Anuar, yang diiringi kira-kira 20 anggota Pemuda Umno, berkata kenyataan yang disiarkan akhbar terbabit pada 30 Jun dan 7 Julai 2009 yang menggesa agar pertuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan adalah seperti memperlekehkan martabat serta institusi kehakiman dan perundangan negara.

"Kes itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada keadilan dan ketelusan badan dan institusi kehakiman negara," katanya.

Anuar berkata penyerahan memorandum kepada wakil Peguam Negara di Putrajaya yang dilakukan pihak terbabit juga secara terang-terangan telah mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara sedangkan proses perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula 8 Julai ini.

Justeru, katanya Pemuda Umno memohon polis menjalankan siasatan terhadap akhbar Suara Keadilan, Angkatan Muda Keadilan, Dewan Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis berikutan kenyataan yang disiarkan itu.

POYOSEDE COMMENT :

Lagi perkara yang sama diulang oleh puak-puak taasub Anwar. Amende yang kecoh sangat, biarlah makhamah yang memutuskan samada Al..opps bersalah @ tidak. Berani kerana benar takut kerana salah..malas koi nak komen dah..

Ape ke henye Guan Eng????

BUTTERWORTH - Wanita MCA Pulau Pinang membidas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mementingkan diri dengan berpindah ke rumah banglo bagi masalah remeh seperti anai-anai dan semut merah tetapi ‘lepas tangan’ terhadap isu 23 keluarga di Kampung Buah Pala yang bakal kehilangan tempat tinggal.

Ketuanya, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng lebih mengutamakan dirinya berbanding rakyat yang diwakilinya dan tindakannya yang gemar menyalahkan kerajaan terdahulu adalah sikap yang tidak baik.

“Saya rasa kecewa apabila isu anai-anai merosakkan kediaman rasmi dianggap jauh lebih penting daripada isu penduduk Kampung Buah Pala yang akan kehilangan tempat tinggal.

“Saya juga hairan kerana setelah menerajui Pulau Pinang untuk tempoh satu tahun tiga bulan, mentalitinya masih sama seperti seorang pembangkang dan bukan sebagai pentadbir kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latihan Audit Keselamatan Pelabuhan 2009, di sini, semalam.

Beliau juga kesal dengan tabiat Guan Eng yang gemar menolak semua masalah yang tidak boleh diselesaikannya kepada kerajaan persekutuan dengan alasan masalah itu berpunca daripada kesilapan dan kegagalan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kini gabungan pembangkang baru sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi kerajaan kerana sebelum melakukan sesuatu mereka perlu melihat daripada pelbagai aspek termasuk undang-undang dan peraturan berbanding semasa menjadi pembangkang, yang hanya bercakap mengikut hati dan boleh mengata apa sahaja terhadap kerajaan.

Sejak beberapa hari lepas, tindakan Guan Eng berpindah daripada kediaman rasminya, Seri Teratai, ke sebuah banglo mewah kerana masalah anai-anai, semut api dan musang di kediaman rasmi itu menarik perhatian ramai pihak sedangkan ada masalah yang lebih besar berkaitan rakyat yang belum diatasi pemimpin itu dan kerajaan negeri.

Baru-baru ini, Guan Eng juga mengakui bahawa kerajaan negeri tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya yang tinggi.

Dalam keadaan tersepit antara tuntutan penduduk dan perintah undang-undang, beliau kemudiannya mengambil jalan tengah dengan meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Cheng Liang berkata, soal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan Guan Eng tidak sepatutnya menolak masalah itu kepada kerajaan persekutuan.

“Rakyat telah memberi dia mandat tetapi dia masih lagi mencari alasan,” katanya


POYOSEDE COMMENT :

Cakap tak serupa bikin. Sebelum dapat semua boleh laksana, dah dapat semua tak selesai, baru rakyat Pulau Pinang tau natijahnye kalau salah pilih pemimpin.. sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. PRU 13 kita tukar... BN tetap unggul

Jawapan Isu Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR, "Kenapa tidak jadikan kerjaya pengurusan rumah sebagai kerjaya sepenuh masa? Mungkin boleh ditawarkan kursus sijil, diploma atau ijazah?".

Demikian cadangan ahli akademik Fatimah Mansur terhadap keputusan Indonesia menggantung penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Menurut Fatimah, wujudnya kursus-kursus itu akan membawa gaji yang lebih tinggi terhadap kerjaya sebagai pengurus rumah.

"Kalau kita ada kursus untuk bidang lain seperti kejururawatan, kelulusan profesional bagi pengurusan rumah boleh merangsang minat orang ramai," kata beliau.

Fatimah berkata demikian berikutan isu berbangkit mengenai keperluan pembantu rumah di negara ini, apabila beberapa aduan pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia tentang layanan buruk majikan mereka, menyebabkan kerajaan Indonesia mengambil keputusan itu.

Sehingga kini, lebih daripada 300,000 pembantu rumah dari Indonesia bekerja di negara ini. Kira-kira 3,000 rakyat Indonesia datang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia melalui beberapa agensi pekerjaan setiap bulan.

PENDAPAT UMUM

Bekas pengurus dalam industri hiburan, Abdul Raheem Abdul Hameed, berkata dengan adanya kelulusan profesional, kerjaya sebagai pengurus rumah boleh dijadikan satu industri pekerjaan.

"Ada rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap pekerjaan pembantu rumah, mungkin kerana beberapa faktor seperti gaji yang murah. Dengan adanya kelayakan profesional, sudah tentu gajinya juga akan meningkat.

"Tetapi majikan perlulah membayar gaji yang lebih tinggi, juga manfaat yang lain seperti caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), barulah kualiti kerja yang ditawarkan meningkat," kata beliau.

Ibu kepada tiga orang anak, yang hanya mahu dikenali sebagai Ida Mohamad, bersetuju dengan pendapat ini.

"Ada prasangka terhadap kerjaya pembantu rumah. Majikan enggan bayar lebih daripada RM400 sebulan sebagai gaji mereka.

"Kalau kita mahu kualiti kerja yang bagus, maka skim pengurus rumah amat sesuai tetapi kita mesti bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi", kata beliau.

Ida, seorang penjawat awam, berkata skim gaji yang lebih tinggi serta kelayakan profesional akan menarik minat lebih ramai rakyat tempatan untuk memilih kerjaya sebagai pengurus rumah.

"Ramai (rakyat Malaysia) yang tidak mahu jadi pembantu rumah. Mungkin dengan wujudnya jawatan pengurus rumah, ramai yang akan lebih berminat?" kata beliau.

PENGURUS RUMAH

Di beberapa negara barat, ibu bapa yang sibuk dengan kerja, mengambil khidmat pengurus rumah, menurut seorang pensyarah universiti yang enggan namanya disiarkan.

"Pengurus rumah boleh membantu keluarga dengan menyelesaikan kerja-kerja rumah. Beliau boleh juga menolong membayar bil-bil, membeli barang keperluan dan menjaga anak-anak majikan," katanya.

"Mereka ini terlatih di institusi yang formal sebelum melayakkan mereka digelar pengurus rumah. Mereka ini tidak semestinya tinggal dengan majikan, tetapi boleh datang bekerja setiap hari," kata beliau.

Pada tahun 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkenal program Latihan Asas Pengurus Rumah untuk mengurangkan pergantungan terhadap pembantu rumah asing.

Langkah itu juga untuk menimbulkan budaya profesionalisme dalam kerjaya pembantu rumah dan menghindarkan persepsi tentang tanggungjawab rumah hanya tertumpu pada suri rumah dan juga pembantu rumah.

Program latihan itu merangkumi aspek penjagaan anak, pengurusan rumah, psikologi kanak-kanak serta bantuan kecemasan. Ia juga untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

Program latihan itu merupakan idea yang baik. Tetapi mengikut laporan berita, sambutan terhadap program itu sebagai satu bidang kerjaya agak dingin daripada kalangan peserta sendiri kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup menawarkan gaji tinggi terhadap pengurus rumah ini.


POYOSEDE COMMENT :

Koi setuju gak jika pembantu rumah dari kalangan warganegara kita. Ini boleh mengurangkan kemasukan warga asing ke Malaysia. Disamping itu boleh juga membuka ruang pekerjaan kepada anak-anak generasi muda yang masih terkial-kial mencari pekerjaan.

Koi harap kerajaan dapat mengkaji bagaimana sistem ini dapat dilaksanakan tanpa menyusahkan majikan dan pembantu itu sendiri..

Maaf,saya tidak tahu apa itu H1N1

KUALA LUMPUR, Mungkinkah istilahnya yang asing, influenza A (H1N1), atau kes kematian yang jarang didengar dalam kalangan mereka yang positif, menyebabkan masih ramai rakyat Malaysia tidak begitu pedulli dengan ancaman selesema ini.

Berdasarkan laporan berita, penyakit "baru dan berjangkit" ini sudah berada di sekitar kita dan setakat 30 Jun, terdapat 158 kes H1N1 yang di negara ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 30 Jun, terdapat 71,076 kes H1N1 yang dilaporkan di 116 negara dengan jumlah kematian 311.

Malangnya sesetengah masyarakat Malaysia masih belum bersedia untuk mengambil langkah berjaga-jaga di sebalik peringatan harian yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan serta pelbagai langkah pencegahan yang dilaksanakan.

"Saya tak tahu apa itu Influenza A (H1N1)," jawapan daripada seorang pendengar radio, mungkin dianggap kes terpencil, orang yang sengaja tidak mahu ambil tahu kisah di sekelilingnya.

Bagaimanapun, bila hospital meletakkan kain rentang dan poster mengingatkan pelawat jangan bawa kanak-kanak ke wad melawat pesakit, ramai yang dilihat tidak menghiraukannya.

Mungkinkan sikap tidak begitu peduli ini selagi penyakit itu tidak mengenai keluarga sendiri?.

Jururawat Rohaiyah Majeed berkata: "Masih ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka melawat saudara-mara atau kenalan yang sakit di hospital.

"Sememangnya larangan membawa kanak-kanak bawah 12 tahun masuk ke dalam wad adalah peraturan tetap di hospital, apatah lagi dengan masalah selesema babi sekarang yang mudah berjangkit.

"Kadang kala seolah berlaku satu karnival di mana anak-anak kecil kelihatan berlari ke sana-sini membuat bising," katanya.

Lebih teruk lagi jika orang dewasa sendiri bila bersin dan batuk, tidak menutup mulut dan hidung mereka dengan sapu tangan atau tisu, walaupun di hospital.

MASIH ADA YANG TIDAK TAHU

Seorang pengamal perubatan swasta Dr K. Mathew berkata: "Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang Influenza A (H1N1), apatah lagi tentang bahaya penyakit ini", kata beliau.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, H1N1 ialah penyakit respiratori (pernafasan) yang disebabkan virus jenis Influenza A yang biasanya merebak pada babi.

Biasanya virus H1N1 tidak menyerang manusia tapi jangkitan manusia kepada manusia sedang hebat berlaku ketika ini, sama seperti jangkitan selesema biasa yang bermusim.

Virus baru ini mula diketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes selesema ini.

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 sama dengan selesema biasa dan ini termasuk demam yang tinggi dengan suhu lebih daripada 37.7 darjah Celsius, batuk, sakit tekak, sakit otot, menggigil, keletihan, cirit-birit dan muntah.

Pada bulan Jun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertingkat amaran tahap pandemik selesema ini kepada enam, satu aras yang tertinggi.

Ini ialah pandemik pertama di dunia sejak tahun 1968. Pada 11 Jun 2009, WHO mengesahkan virus H1N1 sememangnya pada tahap pandemik, di mana 30,000 kes disahkan berlaku di seluruh dunia.

JAHIL?

Istilah H1N1 yang asing ini juga berkemungkinan antara faktor orang ramai keliru dan merasakan ancamannya juga jauh daripada mereka.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengesyorkan istilah selesema babi digunakan bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata di Parlimen, istilah Influenza A (H1N1) patut dikekalkan sebagai merujuk kepada ancaman penyakit ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 14 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 158.

Dr Mohd Ismail berkata jumlah pesakit selesema H1N1 yang masih dirawat di hospital pada masa ini berjumlah 47 orang dan kesemua mereka menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa sebarang komplikasi.

Seramai 111 kes Influenza A (H1N1) telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital, dan setakat ini tiada kematian dilaporkan, katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya pergi segera ke hospital jika mengalami batuk, sakit tekak, selesema dan demam tinggi.

Pastikan jika ke hospital, guna laluan khas untuk bertemu doktor, dan jika sudah dikuarantin, pastikan semua arahan dipatuhi untuk kesihatan diri dan kesejahteraan semua.


POYOSEDE COMMENT :

Koi setuju ngan pendapat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan agar disebut penyakit H1N1 dengan selsema babi agar masyarakat lebih peka terhadap bahaya penyakit ini. Masyarakat juga harus tahu punca penyakit ini iaitu babi....apapun diharapkan kerajaan terutama Kementerian Kesihatan dapat mengawal penyebaran penyakit ini...

Isnin, 6 Julai 2009

Nik Aziz dengan helahnya

KOTA BAHARU, 5 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.

Surat rasmi menjemput Perdana Menteri mengadakan perdebatan itu sudahpun dihantar tetapi setakat ini masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan, katanya pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini, sekembalinya daripada mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakam) di Kuala Lumpur.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Ditanya sama ada jemputan beliau mengadakan perdebatan itu sebagai helah politik untuk mengalih pandangan pemerhati daripada isu kerajaan perpaduan yang dimomokkan oleh pemimpin Umno dan PAS, Nik Aziz berkata: "Isu mengajak Umno berbincang atau berdebat dengan PAS bukannya baru, malah sudah lama sejak PAS ditubuhkan pada 1951 lagi."

Cuma, katanya, pelawaannya yang terbaru untuk adakan perdebatan itu setelah Pemuda Umno membuat laporan polis mengenai ucapannya dan menurutnya isu itu tidak akan selesai selagi tidak diadakan perdebatan.

"Cuma saya nak tanya dua perkara saja, kenapa (Umno) tolak Islam dan di manakah tidak kena dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS, terutama di Kelantan," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Koi semakin hari semakin tidak faham dengan perangai tok guru ni, bermacam helah direka untuk menipu rakyat. Nak berdebat kemudian nak jumpa, lepas tu kata UMNO fitnah, tak ada kerja lain dah ke?

Menuduh UMNO menolak Islam ? Tak masuk akal langsung. Kalau UMNO menolak Islam kerajaan UMNO tak akan bina masjid, bina sekolah, bina hospital, buat jalan raya, bagi segala kemudahan untuk rakyat, Nak sembahyang tak perlu rasa takut, tidak seperti dinegara jiran,dan palastine etc.. Jihad yang kerajaan lakukan sudah lebih untuk menjadi bukti bahawa keraajaan UMNO sebenarnya lebih Islam daripada PAS yang asyik bercakap tapi habuk pun tarak.... Apa PAS ingat Islam tu apabila rakyat memilih PAS ke ??

Dasar apa yang PAS dah buat sehingga memajukan rakyat. Kemiskinan tegar masih tidak dapat dihapuskan. Kenapa nak menyalahkan UMNO diatas kelemahan PAS...

Syabas Najib !

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan Bidang Keputusan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) negara yang akan menjadi keutamaan kerajaan bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dalam masa terdekat.

"Ini merupakan satu pendekatan yang akan memberi nafas baru dalam usaha kita membawa negara ke tahap yang lebih berjaya lagi," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak bercadang untuk menghuraikan apa yang termaktub sebagai KRA dan KPI, yang akan menjadi kaedah pembaharuan dalam cara untuk mentadbir negara, pada hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mahu hubungan dan perkongsian di antara anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam diperkukuhkan lagi dalam usaha untuk menjayakan agenda negara.

Selain pentingnya perkongsian di antara sektor awam dan sektor swasta, beliau berkata perkongsian di antara anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam perlu mantap dan serasi kerana yang akan mendapat faedah ialah rakyat dan negara.

"Jika kita menyorot kembali sejarah negara, kejayaan membawa pembaharuan atau menyelesaikan apa jua krisis negara, ia tetap bersandar kepada hubungan istimewa antara pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.

"Sebab itulah sebagai langkah ke hadapan, saya nak menekankan semula betapa pentingnya hubungan ini diperkukuhkan lagi, lebih-lebih lagi dalam masa terdekat, saya akan membentangkan National Key Result Areas (Bidang Keputusan Utama Nasional) dan National Key Performance Indicators (Petunjuk Prestasi Utama Nasional)," katanya.

Najib berkata perkongsian itu mesti sampai kepada hubungan "semangat dan perasaan" iaitu anggota perkhidmatan awam mempercayai bahawa agenda kerajan adalah terbaik untuk negara.

"Saya harap perkongsian dan hubungan ini tidak merupakan hubungan formal sahaja, di antara menteri dengan Ketua Setiausaha Negara atau Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai tinggi dan sebagainya tetapi lebih daripada itu," katanya.

"Itulah kemuncak kepada hubungan di antara perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan. Ini bukan sekadar mengenai menang pilihan raya umum akan datang, tapi jangan bagi kita kalah, ia lebih daripada itu. Ia mengenai transformasi, mentransformasikan Malaysia," katanya.

Beliau berkata dalam usaha untuk menjadi negara maju atau negara berpendapatan tinggi, ia adalah bergantung kepada sejauh mana hubungan perkongsian itu dapat menterjemahkan agenda kerajaan dalam erti kata yang sebenar dan mahu ia dijadikan sebagai satu komitmen.

Najib berkata transformasi bukan semata-mata pembaharuan tetapi perubahan, kerana pembaharuan boleh jadi luaran sahaja dan berdikit sebaliknya transformasi adalah pembaharuan bersifat holistik dan menyeluruh.

"Inilah perjalanan kita dan saya harap perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan berganding bahu dalam perjalanan ke arah destinasi yang lebih bermakna untuk negara tercinta," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Congratulation DS Najib ! Saya rasa bangga jika apa yang dihasratkan oleh Najib menjadi kenyataan. Jika kita lihat hari ini ramai anggota kerajaan tak kira pangkat tinggi atau rendah yang tidak menyokong kerajaan malah mereka ini menjadi duri dalam daging. Mereka juga yang memusnahkan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan.

Saya sangat bersyukur menjadi salah seorang anggota kerajaan. Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberi rezeki melalui perantaranya iaitu kerajaan Malaysia. Saya harap semua anggota kerajaan ubah sikap dan lebih komited terhadap kerja yang diamanahkan.....

PAS Kelantan gagal jaga kebajikan


KUALA KRAI - Pengundi di Manek Urai perlu menolak calon Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pemimpin Pas di negeri itu hanya tahu bercakap dan menyalahkan orang lain, tetapi kenyataannya rakyat dipinggirkan dan mundur serba-serbi berbanding negeri lain.

Beliau berkata, pengundi perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan.

“Semasa saya datang ke sini, saya banyak melihat poster Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) menadah tangan berdoa, saya tertanya-tanya apakah doa beliau? Apa yang saya fikir, sekarang sudah 20 tahun Allah SWT memberi Pas untuk memerintah negeri ini, tetapi Kelantan masih teramat miskin, saya sedih melihat keadaan penduduk di sini,” katanya.

Beliau ketika ditemui pada Majlis Serahan Bantuan Kepada Penduduk Miskin kawasan peti Undi Kampung Laloh di sini, semalam turut mempertikaikan Pas sering menggelar UMNO kafir dalam ceramah mereka sedangkan sekarang Pas tunduk kepada kehendak DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kenapa Pas sanggup duduk bersekongkol dengan DAP? Bagaimana pula anggapan DAP terhadap Islam, sedangkan perjuangan mereka hanya untuk sesetengah pihak saja. Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain tidak ekstrem dan jangan sesekali disebabkan politik, kita membelakangkan isu-isu agama,” katanya.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO turut mempersoalkan kenapa Pas menolak terus cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO sedangkan ia satu cadangan yang amat baik.

“Orang yang mula-mula mencadangkan perkara ini adalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kalau tidak boleh membentuk apa yang dicadangkan pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya kita dapat berbincang berkenaan bangsa kita.

“Kenapa Pas tidak mahu meneruskan dialog dengan UMNO, sedangkan kita sebagai umat Islam ditegah untuk berpecah-belah,” katanya.

Ditanya fokus BN pada pilihan raya kecil ini, Shahrizat berkata, sukar menarik pengundi di kawasan kubu Pas sebelum ini.

“Pengundi di kawasan ini dimainkan oleh retorik politik yang sama sejak dulu lagi dan bukan senang untuk kita mengubah pemikiran penduduk di sini dan sudah pasti BN akan bekerja lebih kuat lagi,” katanya.

POYOSEDE COMMENT :

Wahai pengundi Manek Urai buka minda ! think positif ! Mari kita tukar PAS kepada UMNO. Mengapa masih dibelenggu bayangan wajah Tok Guru yang dah nyanyok dan perasan alim itu..Selama 20 tahun ape yang Nik Aziz dah buat, nothing selain daripada berdoa, doa tanpa usaha is nothing. Walaupun PAS mengkafirkan UMNO tetapi tidak disisi Allah SWT. Yang membezakan manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Taqwa, adakah orang PAS semua beriman? Adakah orang UMNO tidak ada seorang pun yang beriman? Hanya Allah yang mampu mengetahuinya....