BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 7 Julai 2009

Ape ke henye Guan Eng????

BUTTERWORTH - Wanita MCA Pulau Pinang membidas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mementingkan diri dengan berpindah ke rumah banglo bagi masalah remeh seperti anai-anai dan semut merah tetapi ‘lepas tangan’ terhadap isu 23 keluarga di Kampung Buah Pala yang bakal kehilangan tempat tinggal.

Ketuanya, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng lebih mengutamakan dirinya berbanding rakyat yang diwakilinya dan tindakannya yang gemar menyalahkan kerajaan terdahulu adalah sikap yang tidak baik.

“Saya rasa kecewa apabila isu anai-anai merosakkan kediaman rasmi dianggap jauh lebih penting daripada isu penduduk Kampung Buah Pala yang akan kehilangan tempat tinggal.

“Saya juga hairan kerana setelah menerajui Pulau Pinang untuk tempoh satu tahun tiga bulan, mentalitinya masih sama seperti seorang pembangkang dan bukan sebagai pentadbir kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latihan Audit Keselamatan Pelabuhan 2009, di sini, semalam.

Beliau juga kesal dengan tabiat Guan Eng yang gemar menolak semua masalah yang tidak boleh diselesaikannya kepada kerajaan persekutuan dengan alasan masalah itu berpunca daripada kesilapan dan kegagalan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kini gabungan pembangkang baru sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi kerajaan kerana sebelum melakukan sesuatu mereka perlu melihat daripada pelbagai aspek termasuk undang-undang dan peraturan berbanding semasa menjadi pembangkang, yang hanya bercakap mengikut hati dan boleh mengata apa sahaja terhadap kerajaan.

Sejak beberapa hari lepas, tindakan Guan Eng berpindah daripada kediaman rasminya, Seri Teratai, ke sebuah banglo mewah kerana masalah anai-anai, semut api dan musang di kediaman rasmi itu menarik perhatian ramai pihak sedangkan ada masalah yang lebih besar berkaitan rakyat yang belum diatasi pemimpin itu dan kerajaan negeri.

Baru-baru ini, Guan Eng juga mengakui bahawa kerajaan negeri tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya yang tinggi.

Dalam keadaan tersepit antara tuntutan penduduk dan perintah undang-undang, beliau kemudiannya mengambil jalan tengah dengan meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Cheng Liang berkata, soal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan Guan Eng tidak sepatutnya menolak masalah itu kepada kerajaan persekutuan.

“Rakyat telah memberi dia mandat tetapi dia masih lagi mencari alasan,” katanya


POYOSEDE COMMENT :

Cakap tak serupa bikin. Sebelum dapat semua boleh laksana, dah dapat semua tak selesai, baru rakyat Pulau Pinang tau natijahnye kalau salah pilih pemimpin.. sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. PRU 13 kita tukar... BN tetap unggul

0 ulasan: