BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 3 Julai 2009

JPAM Sasar Penyertaan Lebih Ramai Kaum Bukan Melayu

KUALA LUMPUR, -- Melipatgandakan penyertaan kaum bukan Melayu menjadi sasaran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk memantapkan lagi jabatan itu sebagai sebuah agensi yang mampu memenuhi aspirasi 1Malaysia.

Pengarah Pembangunan Korporat JPAM Kolonel (PA) Norhafifi Ismail berkata penglibatan orang awam pelbagai kaum dalam Pasukan Pertahanan Awam akan memperkembangkan lagi fungsi kesukarelaan sebagai medium membina keupayaan modal insan rakyat Malaysia.

"Fungsi kesukarelaan JPAM yang bertujuan membentuk kemahiran dan kerjasama anggota pelbagai latar belakang mampu menerapkan ketahanan warga JPAM yang berdisiplin, jati diri dan terlatih serta bersedia memberi khidmat kepada negara ketika dilanda krisis, bencana dan musibah," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata melalui pendekatan lebih tersusun mampu menarik perhatian penyertaan kaum lain antaranya melalui latihan menghadapi krisis, bencana dan peperangan melalui Program Latihan Orang Awam, penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam di semua peringkat pendidikan di sekolah, pengajian tinggi awam dan swasta serta penyertaan daripada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"JPAM akan menyahut seruan Menteri Dalam Negeri agar JPAM mendaftar sebagai ahli tetap dalam Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva.

"Ia sebagai pengiktirafan antarabangsa kepada JPAM di samping mengamalkan piawaian pertubuhan berkenaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Tahniah JPAM ! Kerajaan BN telah membuktikan bahawa BN buat kerja. Bukan hanya slogan saje didendangkan tapi selari dengan perlaksanaannya. Pada waktu ini Pakatan Rakyat sibuk memperjuangkan hak masing-masing BN terus berjihad memajukan Ummah....

0 ulasan: