BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 2 Julai 2009

PAKATAN RAKYAT DI KEDAH RETAK MENANTI BELAH

ALOR SETAR: Ibarat retak menanti belah, begitulah pandangan penganalisis mengenai kedudukan kerajaan pakatan pembangkang diterajui Pas di Kedah sekarang.

Kerajaan yang dipimpin Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar dilihat sebagai rapuh kerana Pas dan DAP khususnya sering bercakaran sesama sendiri.

Kemuncak kepada pergeseran ini tercetus semalam apabila DAP negeri membuat keputusan untuk keluar daripada pakatan itu kerana menyifatkan kerajaan pimpinan Pas itu tidak sensitif dan gagal menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su, berkata kerajaan pimpinan Pas adalah kerajaan yang lemah malah sering menimbulkan masalah kaum termasuk mengenakan kuota perumahan Bumiputera sebanyak 50 peratus.

Azizan pula memberi reaksi balas dengan menyifatkan tindakan DAP negeri itu sebagai mengatasi keputusan pucuk pimpinan mereka sendiri.

Beliau berkata, senario politik di Kedah tidak sama dengan negeri lain kerana budaya masyarakat dan isu tempatan adalah berbeza.

"Apa DAP mahu saya tidak faham. DAP selalu cakap semua rakyat harus menghormati undang-undang tetapi dalam masa yang sama DAP cuba membela pihak yang melanggar undang-undang," katanya merujuk kepada sebuah pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya di sini yang diarah dirobohkan oleh kerajaan negeri.

Azizan berkata, jika DAP tidak berminat lagi untuk bersepakat dalam kerajaan negeri di Kedah, terpulanglah kepada pimpinan pakatan pembangkang pusat untuk membuat keputusan mengenainya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian memberitahu bahawa keretakan dalam pakatan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, sebenarnya berpunca daripada ketiadaan kesefahaman yang kukuh.

Katanya apa yang berlaku di Kedah memperlihatkan seolah-olah banyak isu sesama mereka belum selesai dan pemimpin mereka belum matang dalam pembentukan sebuah kerajaan.

Sivamurugan berkata, akibat terlalu berpolitik, mereka mungkin lupa mengenai kebajikan rakyat yang harus diberi keutamaan.

Katanya, masalah paling besar ialah setiap negeri yang dipimpin oleh gabungan tiga parti itu mempunyai perspektif yang berbeza dan mereka belum ada kesefahaman yang komprehensif.

Sebagai contoh, katanya, di Selangor perspektif kerajaan itu adalah dari sudut kepimpinan PKR, di Pulau Pinang pula ialah DAP dan di Kedah pula keutamaannya ialah PAS.

"Ketidaksepakatan inilah yang menyebabkan sehingga meroboh pusat penyembelihan babi pun menjadi satu isu yang besar," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Macam mane ni PAS Kedah, baru isu kecil dah berantakan, macam mane agaknye kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan ?? Huru hara koi rasa. Kalau masalah kecil pun tak boleh selesai dengan baik.. Cakap memang senang, masa kempen dulu bukan main cakap hebat semua deme boleh buat . Now what happened..Fikir la sendiri..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan retak lagi dah.... dan berterabur dan berecir macam orang tercirit. Dia orang blah tu pun pasal BABI je, klau pasal kerusi ke meja ke tak apalah nak kelahi. Nampaknya makin POYO lah muka Azizan tu.... Saya dah nasihatkan dia...letak jawatan dan serah pada BN.

YANG GAMBI berkata...

Telur tembelang sudah meletup di kandang babi, bertambahlah baunya.......

PAS Kedah takut terkena H1N1, sebab itu dia dah tak peduli kalau DAP mengamuk macam babi tunggal......

Biarkan DAP terjun dengan babi-babinya.......

poyosede berkata...

Thanks to ratuayu and Yang gambi for your comment...