BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 3 Ogos 2009

Sudah Dijangkakan Anwar akan.....


SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, polis ‘diperkudakan’ UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menyuraikan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kelmarin.

Katanya, perhimpunan sepatutnya berlangsung dalam aman kerana ia adalah hak rakyat dan selaras dengan Perlembagaan untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,

“Jelas, tiada apa yang berubah di negara ini. Setiap kali ada perhimpunan aman, polis masih terus dijadikan tunggangan oleh elit kuasa UMNO/BN dengan menggunakan pendekatan sama sebagaimana lalu untuk menghalang rakyat daripada menyatakan pandangan,” kata Anwar dipetik dari laman blognya semalam.

Anwar yang juga hadir pada perhimpunan tersebut berkata, penyokong GMI tidak bertindak liar malah kekecohan mula tercetus apabila pihak berkuasa terutamanya Unit Simpanan Persekutuan (FRU) memulakan tembakan gas pemedih mata bertalu-talu ke arah peserta.

“Mereka hanya ada suara sebagai tanda protes terhadap kezaliman puluhan dekad dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi negara yang adil untuk semua.

“Tidak kelihatan pada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut senapang gas pemedih mata, penyembur air kimia, apatah lagi sewenang-wenangnya menangkap orang awam yang menuntut hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

POYOSEDE COMMENT :
....................................................................................
Sedih betul koi dengan kenyataan Anwar diatas. Gara-gara dialah Oarang Melayu rosak pemikiran. Polis diperkudakan ! Kalau tak ada polis keadaan akan menjadi bertambah teruk.. Apakah polis akan dikatakan bagus jika mengikut telunjuk mereka? Koi sokong apa yang polis buat.. mereka telah diberi amaran kenapa mesti bedegil.. banyak lagi kerja mulia yang boleh mereka buat selain berhimpun bodo.. tu

Koi cadangkan agar tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menyertai perarakan tersebut. Kenapa mesti takut ISA jika tidak membuat kesalahan ! Yang takut ISA itu siapa? kenapa pula kuli-kuli mereka itu pula yang lebih.. apa yang kuli-kuli dapat ?

0 ulasan: