BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 6 Julai 2009

Syabas Najib !

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan Bidang Keputusan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) negara yang akan menjadi keutamaan kerajaan bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dalam masa terdekat.

"Ini merupakan satu pendekatan yang akan memberi nafas baru dalam usaha kita membawa negara ke tahap yang lebih berjaya lagi," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak bercadang untuk menghuraikan apa yang termaktub sebagai KRA dan KPI, yang akan menjadi kaedah pembaharuan dalam cara untuk mentadbir negara, pada hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mahu hubungan dan perkongsian di antara anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam diperkukuhkan lagi dalam usaha untuk menjayakan agenda negara.

Selain pentingnya perkongsian di antara sektor awam dan sektor swasta, beliau berkata perkongsian di antara anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam perlu mantap dan serasi kerana yang akan mendapat faedah ialah rakyat dan negara.

"Jika kita menyorot kembali sejarah negara, kejayaan membawa pembaharuan atau menyelesaikan apa jua krisis negara, ia tetap bersandar kepada hubungan istimewa antara pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.

"Sebab itulah sebagai langkah ke hadapan, saya nak menekankan semula betapa pentingnya hubungan ini diperkukuhkan lagi, lebih-lebih lagi dalam masa terdekat, saya akan membentangkan National Key Result Areas (Bidang Keputusan Utama Nasional) dan National Key Performance Indicators (Petunjuk Prestasi Utama Nasional)," katanya.

Najib berkata perkongsian itu mesti sampai kepada hubungan "semangat dan perasaan" iaitu anggota perkhidmatan awam mempercayai bahawa agenda kerajan adalah terbaik untuk negara.

"Saya harap perkongsian dan hubungan ini tidak merupakan hubungan formal sahaja, di antara menteri dengan Ketua Setiausaha Negara atau Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai tinggi dan sebagainya tetapi lebih daripada itu," katanya.

"Itulah kemuncak kepada hubungan di antara perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan. Ini bukan sekadar mengenai menang pilihan raya umum akan datang, tapi jangan bagi kita kalah, ia lebih daripada itu. Ia mengenai transformasi, mentransformasikan Malaysia," katanya.

Beliau berkata dalam usaha untuk menjadi negara maju atau negara berpendapatan tinggi, ia adalah bergantung kepada sejauh mana hubungan perkongsian itu dapat menterjemahkan agenda kerajaan dalam erti kata yang sebenar dan mahu ia dijadikan sebagai satu komitmen.

Najib berkata transformasi bukan semata-mata pembaharuan tetapi perubahan, kerana pembaharuan boleh jadi luaran sahaja dan berdikit sebaliknya transformasi adalah pembaharuan bersifat holistik dan menyeluruh.

"Inilah perjalanan kita dan saya harap perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan berganding bahu dalam perjalanan ke arah destinasi yang lebih bermakna untuk negara tercinta," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Congratulation DS Najib ! Saya rasa bangga jika apa yang dihasratkan oleh Najib menjadi kenyataan. Jika kita lihat hari ini ramai anggota kerajaan tak kira pangkat tinggi atau rendah yang tidak menyokong kerajaan malah mereka ini menjadi duri dalam daging. Mereka juga yang memusnahkan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan.

Saya sangat bersyukur menjadi salah seorang anggota kerajaan. Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberi rezeki melalui perantaranya iaitu kerajaan Malaysia. Saya harap semua anggota kerajaan ubah sikap dan lebih komited terhadap kerja yang diamanahkan.....

PAS Kelantan gagal jaga kebajikan


KUALA KRAI - Pengundi di Manek Urai perlu menolak calon Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pemimpin Pas di negeri itu hanya tahu bercakap dan menyalahkan orang lain, tetapi kenyataannya rakyat dipinggirkan dan mundur serba-serbi berbanding negeri lain.

Beliau berkata, pengundi perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan.

“Semasa saya datang ke sini, saya banyak melihat poster Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) menadah tangan berdoa, saya tertanya-tanya apakah doa beliau? Apa yang saya fikir, sekarang sudah 20 tahun Allah SWT memberi Pas untuk memerintah negeri ini, tetapi Kelantan masih teramat miskin, saya sedih melihat keadaan penduduk di sini,” katanya.

Beliau ketika ditemui pada Majlis Serahan Bantuan Kepada Penduduk Miskin kawasan peti Undi Kampung Laloh di sini, semalam turut mempertikaikan Pas sering menggelar UMNO kafir dalam ceramah mereka sedangkan sekarang Pas tunduk kepada kehendak DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kenapa Pas sanggup duduk bersekongkol dengan DAP? Bagaimana pula anggapan DAP terhadap Islam, sedangkan perjuangan mereka hanya untuk sesetengah pihak saja. Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain tidak ekstrem dan jangan sesekali disebabkan politik, kita membelakangkan isu-isu agama,” katanya.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO turut mempersoalkan kenapa Pas menolak terus cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO sedangkan ia satu cadangan yang amat baik.

“Orang yang mula-mula mencadangkan perkara ini adalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kalau tidak boleh membentuk apa yang dicadangkan pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya kita dapat berbincang berkenaan bangsa kita.

“Kenapa Pas tidak mahu meneruskan dialog dengan UMNO, sedangkan kita sebagai umat Islam ditegah untuk berpecah-belah,” katanya.

Ditanya fokus BN pada pilihan raya kecil ini, Shahrizat berkata, sukar menarik pengundi di kawasan kubu Pas sebelum ini.

“Pengundi di kawasan ini dimainkan oleh retorik politik yang sama sejak dulu lagi dan bukan senang untuk kita mengubah pemikiran penduduk di sini dan sudah pasti BN akan bekerja lebih kuat lagi,” katanya.

POYOSEDE COMMENT :

Wahai pengundi Manek Urai buka minda ! think positif ! Mari kita tukar PAS kepada UMNO. Mengapa masih dibelenggu bayangan wajah Tok Guru yang dah nyanyok dan perasan alim itu..Selama 20 tahun ape yang Nik Aziz dah buat, nothing selain daripada berdoa, doa tanpa usaha is nothing. Walaupun PAS mengkafirkan UMNO tetapi tidak disisi Allah SWT. Yang membezakan manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Taqwa, adakah orang PAS semua beriman? Adakah orang UMNO tidak ada seorang pun yang beriman? Hanya Allah yang mampu mengetahuinya....

Jumaat, 3 Julai 2009

JPAM Sasar Penyertaan Lebih Ramai Kaum Bukan Melayu

KUALA LUMPUR, -- Melipatgandakan penyertaan kaum bukan Melayu menjadi sasaran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk memantapkan lagi jabatan itu sebagai sebuah agensi yang mampu memenuhi aspirasi 1Malaysia.

Pengarah Pembangunan Korporat JPAM Kolonel (PA) Norhafifi Ismail berkata penglibatan orang awam pelbagai kaum dalam Pasukan Pertahanan Awam akan memperkembangkan lagi fungsi kesukarelaan sebagai medium membina keupayaan modal insan rakyat Malaysia.

"Fungsi kesukarelaan JPAM yang bertujuan membentuk kemahiran dan kerjasama anggota pelbagai latar belakang mampu menerapkan ketahanan warga JPAM yang berdisiplin, jati diri dan terlatih serta bersedia memberi khidmat kepada negara ketika dilanda krisis, bencana dan musibah," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata melalui pendekatan lebih tersusun mampu menarik perhatian penyertaan kaum lain antaranya melalui latihan menghadapi krisis, bencana dan peperangan melalui Program Latihan Orang Awam, penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam di semua peringkat pendidikan di sekolah, pengajian tinggi awam dan swasta serta penyertaan daripada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"JPAM akan menyahut seruan Menteri Dalam Negeri agar JPAM mendaftar sebagai ahli tetap dalam Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva.

"Ia sebagai pengiktirafan antarabangsa kepada JPAM di samping mengamalkan piawaian pertubuhan berkenaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Tahniah JPAM ! Kerajaan BN telah membuktikan bahawa BN buat kerja. Bukan hanya slogan saje didendangkan tapi selari dengan perlaksanaannya. Pada waktu ini Pakatan Rakyat sibuk memperjuangkan hak masing-masing BN terus berjihad memajukan Ummah....

Anwar Salah Media, Nafi DAP Kedah Keluar Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkangf.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.

"Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecah-belahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah.


POYOSEDE COMMENT :

Eh... Nik Aziz ni ape kene pulak tak nak komen? Bukan ke kalau masalah dalaman BN Nik Aziz selalu komen, sejak bile pulak pandai hormat orang lain?

Satu perkara lagi Pakatan Pembangkang bile terkena batang hidung kate tak serius tapi cuba jadi atas BN riuh dicanang.. pakat jangan tak pakat....

Konsep Sama Rata Pakatan Pembangkang Senjata Makan Tuan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Luahan rasa tidak puas hati oleh beberapa pihak dalam DAP, PKR dan PAS kebelakangan ini menyerlahkan keadaan kerapuhan dalam ikatan hubungan antara parti-parti dalam pakatan pembangkang itu.

Mungkin ada pihak berpandangan bahawa suara-suara yang kedengaran di negeri-negeri di bawah pentadbiran parti pembangkang ini hanya sebahagian daripada proses untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain dan tidak akan meruntuhkan kerjasama yang dijalin itu.

Namun bagi beberapa pemerhati politik, apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang berpunca daripada ketiadaan parti yang dominan bagi menentukan hala tuju gabungan itu.

Keadaan itu kata mereka menyebabkan setiap parti dalam pakatan bertindak seperti "enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing" sekali gus menggugat kerjasama ketiga-tiga parti berkenaan.

Pensyarah Kanan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian, berkata ketiga-tiga parti itu cuba mendapatkan kedudukan yang sama iaitu sebagai parti yang memimpin.

"Dalam BN (Barisan Nasional) Umno adalah parti yang dilihat dominan berasaskan demografi dan sejarah, tetapi dalam pakatan tidak ada yang dominan, jadi mungkin masing-masing nak main peranan yang sama," katanya.

Daripada segi kepimpinan pula, Dr Sivamurugan berkata pada masa ini pakatan itu bergantung kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum.

"Namun ada persoalan dalam isu ini iaitu adakah Anwar diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan hala tuju pakatan itu, sedangkan setiap parti ada ideologi sendiri yang hendak ditegakkan.

"Dalam BN ada kapten (yang mengemudi kapal), tetapi dalam pakatan tak nampak, melainkan mereka bersetuju setiap negeri yang ditadbir mereka dipimpin mengikut ideologi parti yang mendominasi," katanya.

Akan tetapi, menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin pula, adalah sukar untuk pakatan melaksanakan konsep dominan seperti yang diamal oleh BN.

Ini kerana, katanya, pakatan terbina berasaskan konsep adil, iaitu setiap parti berkongsi kuasa secara sama rata.

"Isu yang dibawa oleh pakatan ialah (menentang) ketidakadilan, jadi kalau ada memegang peranan pemimpin dalam gabungan itu, maka ini tentulah lari daripada konsep adil yang mereka bawa itu.

"Hubungan dalam pakatan ini mesti menunjukkan "fair and square" sebab masyarakat masa pilihan raya umum dulu dikatakan tolak BN sebab Umno terlalu dominan," kata Shaharuddin, pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM kampus Shah Alam.

Katanya ketiadaan parti yang dominan akan menyebabkan percanggahan memandangkan masing-masing masih dengan ideologi parti masing-masing.

"Memanglah kalau dah tak ada yang dominan maka masing-masing kena berpegang kepada konsep musyawarah, iaitu berbincang sesama mereka," katanya.

Namun jika diamati perkembangan dalam pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini, mungkin konsep musyawarah itu hanya di atas kertas seperti yang dibuktikan oleh Pas apabila membelakangkan dua sekutunya dengan bercadang untuk duduk semeja bersama Umno berbincang mengenai perpaduan.

Sekalipun isu itu diselesaikan menerusi satu mesyuarat tergempar antara ketiga-tiga parti, yang jelas ia meninggalkan kesan kepada pakatan sehingga terpaksa menganjurkan perhimpunan untuk menunjukkan mereka masih teguh.

Selain itu pemimpin-pemimpin mereka juga khususnya daripada Pas membuat kenyataan demi kenyataan bahawa ia semua mainan Umno untuk memecah-belahkan mereka.

Hakikatnya, kata pemerhati politik, Pas menyampaikan mesej tersirat iaitu mereka tidak memerlukan DAP untuk mendapat sokongan rakyat seperti di Kelantan dan Kedah.

Pentadbiran Pas di Kelantan dan Kedah juga membuktikan kerajaan yang didominasi satu parti lebih stabil berbanding di Selangor dan di Pulau Pinang yang menyaksikan ketiga-tiga parti sering bertelingkah mengenai isu pengagihan kuasa.

Mengulas mengenai keutuhan pakatan pembangkang, Shaharuddin berkata ketiga-tiga parti itu masih belajar untuk bekerjasama dan akan mengambil masa untuk benar-benar mencapai persefahaman.

"Usia mereka masih mentah, baru berapa bulan. Harus diingat BN pun mengambil masa puluhan tahun untuk sampai ke peringkat kerjasama yang ada sekarang," katanya.

Sivamurugan dari USM pula berpendapat bahawa adalah sukar untuk pakatan pembangkang mengukuhkan kerjasama mereka dalam masa yang singkat memandangkan setiap parti masih dibarisi pemimpin generasi lama yang terikat dengan ideologi parti masing-masing.

"Mungkin pada masa depan apabila parti-parti ini telah dipimpin generasi baru, mereka boleh mencari persefahaman dan lebih bertoleransi," katanya.

Merumuskan pandangan kedua-dua ahli akademik itu, barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pakatan pembangkang terperangkap dengan kata-kata sendiri untuk memperjuangkan hak sama rata tetapi pada masa yang sama juga menuntut 'kuasa' sesama sendiri.

POYOSEDE COMMENT :

Ha baru mereka tau bukan senang untuk memerintah, bercakap memang senang, nak adil , kesamarataan,now apa sudah jadi? Inilah akibatnya kalau terlalu bongkak dan sombong dan suka mengkritik orang , PAS dah terperangkap dalam jerat yang dipasang sendiri...

Khamis, 2 Julai 2009

PAKATAN RAKYAT DI KEDAH RETAK MENANTI BELAH

ALOR SETAR: Ibarat retak menanti belah, begitulah pandangan penganalisis mengenai kedudukan kerajaan pakatan pembangkang diterajui Pas di Kedah sekarang.

Kerajaan yang dipimpin Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar dilihat sebagai rapuh kerana Pas dan DAP khususnya sering bercakaran sesama sendiri.

Kemuncak kepada pergeseran ini tercetus semalam apabila DAP negeri membuat keputusan untuk keluar daripada pakatan itu kerana menyifatkan kerajaan pimpinan Pas itu tidak sensitif dan gagal menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su, berkata kerajaan pimpinan Pas adalah kerajaan yang lemah malah sering menimbulkan masalah kaum termasuk mengenakan kuota perumahan Bumiputera sebanyak 50 peratus.

Azizan pula memberi reaksi balas dengan menyifatkan tindakan DAP negeri itu sebagai mengatasi keputusan pucuk pimpinan mereka sendiri.

Beliau berkata, senario politik di Kedah tidak sama dengan negeri lain kerana budaya masyarakat dan isu tempatan adalah berbeza.

"Apa DAP mahu saya tidak faham. DAP selalu cakap semua rakyat harus menghormati undang-undang tetapi dalam masa yang sama DAP cuba membela pihak yang melanggar undang-undang," katanya merujuk kepada sebuah pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya di sini yang diarah dirobohkan oleh kerajaan negeri.

Azizan berkata, jika DAP tidak berminat lagi untuk bersepakat dalam kerajaan negeri di Kedah, terpulanglah kepada pimpinan pakatan pembangkang pusat untuk membuat keputusan mengenainya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian memberitahu bahawa keretakan dalam pakatan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, sebenarnya berpunca daripada ketiadaan kesefahaman yang kukuh.

Katanya apa yang berlaku di Kedah memperlihatkan seolah-olah banyak isu sesama mereka belum selesai dan pemimpin mereka belum matang dalam pembentukan sebuah kerajaan.

Sivamurugan berkata, akibat terlalu berpolitik, mereka mungkin lupa mengenai kebajikan rakyat yang harus diberi keutamaan.

Katanya, masalah paling besar ialah setiap negeri yang dipimpin oleh gabungan tiga parti itu mempunyai perspektif yang berbeza dan mereka belum ada kesefahaman yang komprehensif.

Sebagai contoh, katanya, di Selangor perspektif kerajaan itu adalah dari sudut kepimpinan PKR, di Pulau Pinang pula ialah DAP dan di Kedah pula keutamaannya ialah PAS.

"Ketidaksepakatan inilah yang menyebabkan sehingga meroboh pusat penyembelihan babi pun menjadi satu isu yang besar," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Macam mane ni PAS Kedah, baru isu kecil dah berantakan, macam mane agaknye kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan ?? Huru hara koi rasa. Kalau masalah kecil pun tak boleh selesai dengan baik.. Cakap memang senang, masa kempen dulu bukan main cakap hebat semua deme boleh buat . Now what happened..Fikir la sendiri..

Selasa, 30 Jun 2009

ISLAM PREFERS DISCUSSIONS TO DEBATES

KUALA LUMPUR, June 29 (Bernama) -- Islam prefers "muzakarah" or discussions to "mujadalah" or debates over the issue of unity of the ummah (Muslim community), said Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria.

He said Islam also did not reject debates for Muslims to present their arguments when facing non-Muslim individuals and groups on matters related to faith.

"In Islam, it is better to sit at the discussion table to resolve issues (towards forging unity of the ummah) rather than to debate on the issues," said the mufti when contacted by Bernama Monday.

He was asked to comment on the challenge thrown by PAS spiritual leader and Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for an open debate on issues involving PAS and Umno.

The challenge came about after the opposition rejected the proposal by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang for PAS and Umno to hold talks on a unity government.

Nik Aziz who strongly objected to the proposed unity government talks was reported to have said that a debate was the prophet's way during the time of Moses coming face-to-face with Pharaoh.

"A debate is appropriate when you want to present your arguments to a non-Muslim, for example, on faith. But in this case, we are seeking a way to unity (among Muslims), so we should focus on discussions," said Harussani.

"We can also debate on policies but this is about unity," he added.

Several non-governmental organisations and individuals including former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad have urged Najib not to entertain Nik Aziz's challenge for an open debate, saying it would be a waste of time and would not benefit anyone.

Universiti Malaya's media and communications lecturer, Assoc Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, however, opined that both discussions and debates were important in finding a common ground on any matter.

"It is like two trains stopping at the same station," he said, adding that the effort should be viewed as a process of unifying people and not creating animosity.

"Civilisation was also built on these two processes (discussions and debates). In fact, Parliament is also based on these and they complement each other," said Abu Hassan.

However, he said, the effort would only be successful if both parties were really sincere in finding a common ground over the issue of unity.

"But the question is, how far both parties, especially PAS, are willing to go in the interest of Malay unity," he added.

POYOSEDE COMMENT :

I strongly believe that PAS will not discuss with UMNO because they compared UMNO with Firaun, Namrud and Abu Jahal.. PAS is so stupid and Jahil about Islamic Teaching....