BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 19 Jun 2009

Nik Aziz dan Pakatan Rakyat please be positif

Poyosede bukan nak jadi doktor tetapi nak beri sikit yang saya dapat kepada mereka-mereka yang selalu nagetif seperti Anwar, Nik Aziz dan semua yang terlibat. Menurut penemuan oleh Majalah American Psychology Association's Journal Of Personality and Social Psychology pada tahun 2002 :

" Fikiran nagetif memberi impak nagetif dalam kehidupan. Mengikut kajian: student Harvard yang bersikap pesimistik semasa diwawancara pada tahun1946 didapati menghidapi masalah pelbagai masalah kesihatan. Mereka yang berfikiran nagetif juga sering dihinggapi tekanan dan stres. Akhirnya menyebabkan mereka mendapat darah tinggi.

Kesimpulannya : Sikap kita ditentukan oleh cara kita melihat masalah. Apabila kita melihat masalah sebagai kesempatan untuk membangunkan diri, kita berfikiran positif. Sebaliknya apabila kita melihat masalah sebagai perkara yang bakal memusnahkan kita , maka kita berfikiran nagetif. Contoh nya Isu bawa balik Chin Peng dah sah-sah akan membawa kemusnahan....Sifat positif ini banyak dapat kita lihat dalam diri pemimpin UMNO dari dulu sehingga kini. Bukan macam nizar yang masih lagi tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima ketentuan Yang Maha Esa.

Nasihat Koi pada pemimpin UMNO kekalkan sentiasa bersifat positif dan senyumlah dan berkata Alhamdulillah sekiranya menghadapi msalah.

Kata Pepatah : Anda tidak boleh menelan seekor kuda sekaligus tetapi jika memakannya sedikit demi sedikit akhirnya anda akan berjaya memakannya.

Renungilah kata-kata nabi yang bermaksud : Sesungguhnya kejayaan bersama-sama kesabaran,kelapangan bersama-sama kesusahan dan sesungguhnya beserta dengan kepayahan adalah kesenangan.

3 ulasan:

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

BERSATULAH MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ISLAMIYAH !!!

Allahuakbar!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

poyosede berkata...

Salam ukhwah,
T/kasih jebbat kerana dapat memberi sedikit panduan. Kita sesungguhnya manusia yang selalu lupa. Bagus juga kita saling memperingati..
Marilah kita sama-sama doakan agar bangsa Melayu Islam bersatu..amin

poyosede berkata...

Nampaknye Nik Aziz dan kuncu-kuncunye masih tidak puas dalam mengejar kuasa @ tahkta. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kuasa. Sanggup mereka bersekongkol dengan Lee Kwan Yew dan DAP yang dah nyata kafir harbi...