BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 19 Jun 2009

Ilmu Paling Tinggi

Imam Gazali didalam Ihya Ulumuddin pada bab huraian Keajaiban Hati berkata, " Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja. Ilmu yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah serta keagungannya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.Ditahap yang paling tinggi ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah.

Mereka yang tidak mengenali Allah akan mewarisi penyakit sombong dan takbur yang membinasakan. Contohnya Namruz Raja Babilon sombong dengan kekuasaannya sehingga dia merasakan dia berkuasa seperti tuhan . Firaun juga sombong dengan kekuasannya. ( surah al-Zukhruf ayat 15). Akhirnya Firaun tenggelam dalam lautan.

Bahaya Tertipu dengan Ilmu

Orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya. Imam Ghazali berkata "Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya.Mereka mengenali perkara maksiat tetapi mereka tidak menjauhinya, mereka tahu tentang akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya. Inilah Ulama yang tertipu... Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud , " Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya.

Seterusnya Imam Ghazali berkata" Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Saampaikan masyarakat bersa ujub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan.Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia.

Siapa Ulama?

Adakah Nik Aziz dikatogerikan sebagai Ulama ?

Huaraiannya : Golongan tidak takut kepada Allah tidak boleh dianggap Ulama.Sahabat Abdullah bin Abbas berkata " Ulama ialah mereka yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun. Mereka menghalalkan apa yang Allah halalkan, mengharamkan apa yang Allah haramkan, memelihara perintahnya, yakin dengan pertemuan dengannya dan sentiasa melakukan muhasabah berhubung amalan diri sendiri.
Imam said bin Jubair berkata " takutkan Allah adalah satu benteng yang memisahkan kamu daripada maksiat." Imam Hasan Basri berkata " Orang alim ialah yang takutkan Allah walaupun dia tidak melihat Allah dan dia menyukai apa yang Allah suka.


Kesimpulannya : Nik Aziz tidak takut pada Allah kerana dia menghiaskan dirinya dengan sifat riak dan takbur yang nya memang bukan sifat yang disukai Allah. Begitu menbenci sesama saudara seIslam. Tidak menyeru ke arah kebaikan dan banyak lagi. Fikirlah wahai umat Islam semua jangan kita asyikm ditipu oleh orang-orang seperti Nik Aziz dan kuncu-kuncunya....

2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam,
satu ulasan yang baik dengan fakta, terus menulis ~ bERANIKAN hATI

Aspirasi berkata...

nik aziz ulaumak....