BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 17 Jun 2009

Najib lihat PAS Ikhlas

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengangkat tangan bersama sebahagian daripada 400 kanak-kanak pelbagai kaum sebagai simbol 1Malaysia pada Hari Kanak-Kanak Bakti 2009 di Sri Satria, semalam. Najib dan Rosmah kemudian menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak daripada 13 rumah kebajikan itu.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak percaya Pas ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, beliau berfikiran terbuka dan tidak pernah menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan kepada negara.

"Saya dah cakap sebelum ini bahawa kita bersikap terbuka dan sedia mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh Pas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Komanwel (CCEM) Ke-17 di sini, semalam.

Idea penubuhan kerajaan perpaduan disuarakan oleh Abdul Hadi ketika Muktamar Pas Ke-55 baru-baru ini, tetapi mendapat bantahan pemimpin pembangkang termasuk dari Pas sendiri.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib menyifatkannya sebagai satu titik permulaan, tetapi mahu melihat terlebih dulu bentuk kerjasama yang sesuai sebelum meneruskan perbincangan.

"Kita kena risik-risik dulu, macam kita nak kahwin kena risik-risik dulu, jadi tak jadi itu takdir menentukan, apa bentuk tak tahulah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menganggap respon Najib berhubung cadangan itu sebagai serius dan akan memaklumkannya kepada Abdul Hadi yang kini berada di luar negara bagi tindakan selanjutnya.

"Ini adalah respon kali pertama daripada Perdana Menteri dan agak serius. Saya terima dengan terbuka hati. Ia adalah perkara yang besar dan tidak boleh dilakukan dalam sehari dua.

"Saya juga tidak boleh membuat keputusan secara individu dan perkara ini akan dibawa kepada pengetahuan parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Nasharuddin juga mengingatkan ahli Pas supaya tidak bimbang dengan perbincangan dengan Umno berhubung isu itu kerana kepemimpinan parti tidak pernah berniat untuk menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN).

Katanya, perbincangan yang diadakan itu adalah atas kesedaran Pas bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik, ekonomi dan sosial negara.

Nasharuddin berkata, perkara itu juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, minggu depan.

Mengenai tindakan yang akan dilakukan Pas jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membantah perbincangan dengan Umno, beliau berkata: "Tunggulah mesyuarat dulu."

Ditanya sama ada kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan, Nasharuddin berkata, beliau hanya mengusahakan dan Allah yang menentukannya.


Cik Poyosede said : Apa yang kita harapkan sebagai rakyat adalah hidup di Bumi Malaysia dalam keadaan aman damai untuk bekerja, beramal, beribadat kepada Yang Maha Berkuasa Pencipta Alam Semesta.

Impian PAS nak wujudkan Kerajaan Perpaduan mungkin satu cadangan yang baik. Daripada rakyat terus ditipu oleh Pakatan Rakyat yang hanya inginkan kuasa tanpa memkirkan kebajikan Rakyat. Berbincang adalah lebih baik daripada bercakaran sesama saudara seIslam. Mungkin PAS sudah buka mata dan minda terhadap agenda Pakatan Rakyat yang hanye menguntungkan individu.

Keikhlasan Najib untuk berbincang seharusnya dilihat oleh Rakyat bahawa Najib seorang pemimpin yang mengikut pemimpin terdahulu seperti Umar Al Khatab yang mementingkan syura. Niat yang baik mesti disambut baik. Nabi sendiri sentiasa bersangka baik. Dakwah Bil Hikmah even terhadap orang yahudi. Ini kan pula kita sesama Islam. Jangan mudah melatah mengkritik sesuatu sebelum tahu apa itu sesuatu. Najib teruskan niat baik itu. Perkara baik baru niat dah dapat pahala... InsyaAllah..





0 ulasan: