BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 2 Jun 2009

KERUGIAN ORANG YANG TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA

Marilah kita lupa sejenak masalah politik negara. Lapangkan dada dan cuba renung sejenak Hadis dibawah :

" Belajarlah ilmu apa saja yang kamu suka. Demi Allah kamu tidak akan diberi pahala hanya dengan menimbun ilmu sehingga kamu mengamalkannya."

Dari hadis diatas dapat kita faham bahawa tingginya martabat ilmu disisi Allah SWT. Tetapi walau setinggi mana ilmu seseorang itu jika tidak diamalkan tiada tempat untuknya disisi Allah SWT.Rasulullah saw sentiasa memohon pelindung dari Allah daripada ilmu yang tidak manfaat. Apalah kita yang hanya dilahirkan kedunia ini sebagai insan kerdil yang sentiasa diduga keimanannya.

Mari kita lihat dalam konteks Malaysia kita hari ini berapa ramai orang yang tinggi ilmunya mempraktik dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk kesejahteraan ummah. Berapa ramai yang menyeru kearah kebaikan ??? Sebaliknya menyeru kearah kejahatan dan membuka pintu untuk umum pintu pentakwilan ( memalingkan ayat-ayat Allah ) serta mempermudahkan agama sehingga ramai orang meninggalkan hak-hak agamanya. Dia adalah khalifah syaitan dalam membangkitkan fitnah dan kesesatan.

Kesimpulannya orang alim yang mengamalkan ilmunya kepada umatnya dialah orang yang dinobatkan sebagai warasatul anbiya'.......

0 ulasan: