BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 6 Julai 2009

Nik Aziz dengan helahnya

KOTA BAHARU, 5 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.

Surat rasmi menjemput Perdana Menteri mengadakan perdebatan itu sudahpun dihantar tetapi setakat ini masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan, katanya pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini, sekembalinya daripada mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakam) di Kuala Lumpur.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Ditanya sama ada jemputan beliau mengadakan perdebatan itu sebagai helah politik untuk mengalih pandangan pemerhati daripada isu kerajaan perpaduan yang dimomokkan oleh pemimpin Umno dan PAS, Nik Aziz berkata: "Isu mengajak Umno berbincang atau berdebat dengan PAS bukannya baru, malah sudah lama sejak PAS ditubuhkan pada 1951 lagi."

Cuma, katanya, pelawaannya yang terbaru untuk adakan perdebatan itu setelah Pemuda Umno membuat laporan polis mengenai ucapannya dan menurutnya isu itu tidak akan selesai selagi tidak diadakan perdebatan.

"Cuma saya nak tanya dua perkara saja, kenapa (Umno) tolak Islam dan di manakah tidak kena dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS, terutama di Kelantan," katanya.


POYOSEDE COMMENT :

Koi semakin hari semakin tidak faham dengan perangai tok guru ni, bermacam helah direka untuk menipu rakyat. Nak berdebat kemudian nak jumpa, lepas tu kata UMNO fitnah, tak ada kerja lain dah ke?

Menuduh UMNO menolak Islam ? Tak masuk akal langsung. Kalau UMNO menolak Islam kerajaan UMNO tak akan bina masjid, bina sekolah, bina hospital, buat jalan raya, bagi segala kemudahan untuk rakyat, Nak sembahyang tak perlu rasa takut, tidak seperti dinegara jiran,dan palastine etc.. Jihad yang kerajaan lakukan sudah lebih untuk menjadi bukti bahawa keraajaan UMNO sebenarnya lebih Islam daripada PAS yang asyik bercakap tapi habuk pun tarak.... Apa PAS ingat Islam tu apabila rakyat memilih PAS ke ??

Dasar apa yang PAS dah buat sehingga memajukan rakyat. Kemiskinan tegar masih tidak dapat dihapuskan. Kenapa nak menyalahkan UMNO diatas kelemahan PAS...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku sangat benci pada orang yang pakai serban tapi lidah bercabang macam Nik Najis ni. Orang UMNO jangan layan orang mcam ni... usahkan ajak debat... kalau bersesih bahu pun jangan tegur dia. Dasar petualang yang tak boleh dibuat baik.

YANG GAMBI berkata...

Apa boleh buat, dia nak tunjuk dia pandai berhujah pasal agama, pasal lain dia bukan tahu.......

poyosede berkata...

Thanks a lot for commenting my post.