BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 20 Julai 2009

Pelakon Handalan ( PAS,PKR, DAP)


Anggota Umno diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan lakonan pemimpin DAP, PAS dan PKR yang sejak akhir-akhir ini mempamerkan wujud perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik untuk mendapat perhatian rakyat.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata ini dapat dilihat dalam kes perobohan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya, Alor Setar oleh kerajaan negeri Kedah.

Berikutan itu DAP negeri mengumumkan keluar dari pakatan pembangkang negeri itu, tetapi akhirnya menarik balik keputusan itu setelah perbincangan antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Taktik bergaduh sesama mereka dapat juga dilihat di Selangor apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mendesak kerajaan negeri Selangor merombak barisan Exco Negeri, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Serdang di sini Ahad.

Beliau berkata inilah cara digunakan pembangkang agar rakyat tidak mempersoalkan apa yang mereka telah buat, dan apabila terjadi perkara seperti, Umno diminta memberi respon dan berkata "Oh mereka adalah pakatan yang rapuh dan telah berpecah."

"Tetapi selepas itu mereka masuk semula (bersatu). Kalau mereka tak buat macam ini, mereka tak ada modal nak buat. Jadi kalau tidak pun, mereka akan salahkan BN (Barisan Nasional)," katanya.

"Jadi kita (anggota Umno) jangan mudah terpedaya. Mereka tidak berbuat apa-apa untuk rakyat dan hanya menggunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Pada sidang media kemudiannya, beliau berkata Pemuda Umno kini masih menunggu maklumat lanjut dari Dewan Pemuda Pas mengenai wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu.

Razali berkata Pemuda Umno telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan hanya menunggu Dewan Pemuda PAS menetapkan tarikh, masa dan tempat.




3 ulasan:

WARIS PAHANG berkata...

bab berlakon serah padanya, jgn tertipu dgn mamat ni.

Tapi kes liwat bukan lakonan rasanya?. wallahuallam, Allah sahaja maha mengetahui.

YANG GAMBI berkata...

Salam bro,

DAP sekarang telah berani menentang hak-hak Melayu kerana kebodohan kepimpinan PAS dan kerana PKR diketuai Anwar Al Juburi yang mengharapkan sokongan kes liwatnya.

PAS & PKR redha ambil tanah orang Melayu untuk dijadikan kandang babi DAP, kerana terlalu bernafsu nak berkuasa.

Watak-watak ulama dalam PAS dan warak dalam PKR adalah jelmaan iblis dan syaitan untuk menghancurkan umat Melayu Islam di Malaysia.

poyosede berkata...

Mereka ni guna skrip yang sama...