BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 Julai 2009

Taawun alal birri wa al- Taqwa





Masih banyak tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati rakyat.

Meskipun keyakinan rakyat sudah mula kelihatan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun kerajaan pimpinan BN tidak boleh merasa selesa.

BN mesti terus bekerja sehingga usaha kita benar-benar dirasai rakyat. Masih banyak perlu dibuat dan memerlukan komitmen bersungguh-sungguh pemimpin BN yang diketuai Yang Amat Berhormat (Najib).

Yang Amat Berhormat (Najib) benar-benar ingin melihat dasar-dasar yang diperkenalkannya dapat sampai dan dirasai oleh rakyat. Sejak merdeka sehingga kini kerajaan BN telah melaksanakan tuntutan sebagai kerajaan dan pemimpin terhadap rakyat yang dipimpin. Seperti Allah telah gambarkan dalam al-Quran dalam surah al-Sabak ayat 15 :

"Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda-tanda di tempat kediaman mereka iaitu kebun di kanan dan di kiri. Makanlah dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya, negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun".


Dari ayat diatas Malaysia yang tercinta ini rakyat hidup aman damai dan menikmati segala kemajuan dan kesenangan yang Allah SWT berikan melalui perantaranya iaitu pemimpin kita. Namun masih ada segelintir rakyat yang tidak pernah mensyukuri akan nikmat ini dan sering berusaha memporak-peranda pemikiran rakyat sehingga tercetus berbagai masalah kebelakangan ini.


Kerajaan tidak pernah jemu-jemu untuk memberi kesenagan dan kemakmuran kepada rakyat. Beberapa dasar kerajaan yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melalui gagasan 1Malaysia jelas disenangi rakyat .


1 ulasan:

Puakumbu berkata...

DS Najib telah melakukan sedaya upaya utk meraih sokongan dalam tempoh 100 hari menjadi PM.

Beliau juga membuktikan apa yang di buat betul pabila menang dgn majoriti 241 pd 1999, lebih 24,000 pd 2004 dan lebih 26,000 pada 2008 walau pun ramai wakil rakyat yg lain merudum majoritinya. Syabas DS Najib

Pemimpin UMNO wajar lah ikut DS Najib. Jangan biarkan beliau kesaorangan.Bekerja keras lah demi agama bangsa dan negara.

Pegawai kerajaan pun patut bantu sama menjayakan hasrat dan cita-cita pemimpin utana Negara