BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Julai 2009

RASIS !



Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, mereka yang menuduh beliau rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis.

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan tidak terkejut dengan tuduhan tersebut ekoran tulisannya dalam blognya Che Det yang bertajuk ‘Kaki Dalam Kasut’ kerana dirinya pernah dicap sebagai ‘pelampau Melayu’ oleh golongan yang sama sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Menurutnya, cuma yang menyedihkan apabila golongan tersebut, yang tidak mahu menerima hakikat orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi, kelihatan cuba membuatkan kaum lain tunduk kepada desakan atau tuntutan-tuntutan mereka.

“Kalau sesiapa hendak kata saya rasis, mereka ada hak. Tetapi saya berpendapat mereka juga rasis. Saya sudah lama dicap sebagai rasis, sebelum jadi perdana menteri saya dikenali sebagai pelampau Melayu dan apabila saya menjadi perdana menteri,
saya dapati kaum lain tidak bising dengan apa yang saya lakukan.

“Sebenarnya mereka tahu, semasa saya menjadi perdana menteri, mereka juga dapat hak mereka. Saya akan anggap saya tidak memenuhi janji kalau tidak memberi pandangan mengenai orang Melayu yang masih ketinggalan di belakang,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam mempersoalkan banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr. Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu itu dan menuduh beliau sebagai rasis.

Dr. Mahathir berada di sini untuk menyertai Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Beliau yang merupakan pencetus kepada penganjuran dialog tersebut dan bermula dengan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) pada 1995, dijemput sebagai salah seorang anggota kumpulan pemikir utama dalam kebanyakan sesi perbincangan.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir meminta mana-mana pihak yang berpendapat tulisannya dan apa yang disuarakannya selama ini mengenai kedudukan ekonomi orang Melayu tidak betul supaya tampil menunjukkan bukti.

“Kalau ada fakta yang saya masukkan (dalam blog) itu yang tak betul, buktikan yang mana. Semua yang saya tunjuk itu adalah fakta dan kenyataan.
Mengenai kita belum capai, mereka mencapai lebih, itu kenyataan.

“Mengenai kekayaan yang tidak berpihak kepada kita (orang Melayu), itu juga fakta. Kalau mereka mahu, mereka boleh semak kesemua muka surat tulisan saya itu untuk melihat sama ada apa yang saya sebut itu benar atau sebaliknya,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir meminta semua pihak termasuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertanya mengapa sekarang ada pemimpin parti komponen bukan daripada UMNO yang meninggalkan BN dan menyertai parti lawan.

Menurutnya, UMNO atau BN melakukan tindakan yang salah sekiranya berpendapat bahawa dengan menawarkan lebih banyak kepada bukan Melayu akan dapat memenangi hati dan menghentikan sepenuhnya tuntutan mereka.

“Sejak lebih 40 tahun BN memerintah, tidak berlaku pemimpin berhenti dan masuk parti lawan. Banyak pemimpin UMNO yang berhenti tetapi tidak sertai parti lawan. Saya dulu pun berhenti tetapi saya hanya berhenti, tidak masuk parti lawan. Tetapi kita tengok banyak pemimpin komponen lain yang tinggalkan BN.

“Kita sudah melayan permintaan mereka secukupnya tetapi mereka masih tunjuk mereka tidak berpuas hati dan hendak bersama dengan parti lawan. Jadi, kita tengoklah apa maknanya semua itu,” jelasnya.

Mengenai kesediaan kerajaan Pas Kelantan untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat, Dr. Mahathir berkata, berdasarkan pengalaman semasa Pas menyertai BN sebelum ini, beliau berpendapat parti itu tidak ikhlas sebaliknya hanya mementingkan agenda sendiri.

“Saya khuatir dengan niat mereka (Pas). Kalau kita terima, kerjasama dengan siapa? Kalau kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau dengan cuma UMNO, itu sudah jadi parti perkauman. Tak boleh, itu tak sesuai di Malaysia,” katanya.
POYOSEDE COMMENT :
________________________
Dalam bab ini koi memang setuju ngan Che Det. Memperjuangkan Melayu digelar rasis. Biarkan apa mereka nak kata. Siapa lagi nak membela nasib kita kalau kita sendiri tidak membelanya. Dalam Quran al -Ra'd ayat 11 : ada menyebut bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.
Nak harap PAS ? nak harap Anwar membela nasib Melayu ? Jangan mimpi kerana mereka ini hanya mementingkan kuasa dan kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja....
Ada mereka peduli nasib orang kampung? ada mereka kisah nasib pelajar Melayu yang semakin ketinggalan jika dibandingkan bangsa lain ? .....

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Pejuang Melayu memang rasis, kawan pun Melayu rasis, kerana pemimpin UMNO Melayu rsislah maka umat Melayu hari ini bermaruah.

Tapi ada Melayu yang munafik, rela mempergunakan agama serta mengadai maruah bangsa semata-mata untuk kuasa, manusia Melayu macam ini adalah topeng yahudi yang berpakaian ulama Islam...

poyosede berkata...

Betui tu Yang Gambi... Hidup Melayu !