KUALA LUMPUR, "Kenapa tidak jadikan kerjaya pengurusan rumah sebagai kerjaya sepenuh masa? Mungkin boleh ditawarkan kursus sijil, diploma atau ijazah?".
Demikian cadangan ahli akademik Fatimah Mansur terhadap keputusan Indonesia menggantung penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.
Menurut Fatimah, wujudnya kursus-kursus itu akan membawa gaji yang lebih tinggi terhadap kerjaya sebagai pengurus rumah.
"Kalau kita ada kursus untuk bidang lain seperti kejururawatan, kelulusan profesional bagi pengurusan rumah boleh merangsang minat orang ramai," kata beliau.
Fatimah berkata demikian berikutan isu berbangkit mengenai keperluan pembantu rumah di negara ini, apabila beberapa aduan pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia tentang layanan buruk majikan mereka, menyebabkan kerajaan Indonesia mengambil keputusan itu.
Sehingga kini, lebih daripada 300,000 pembantu rumah dari Indonesia bekerja di negara ini. Kira-kira 3,000 rakyat Indonesia datang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia melalui beberapa agensi pekerjaan setiap bulan.
PENDAPAT UMUM
Bekas pengurus dalam industri hiburan, Abdul Raheem Abdul Hameed, berkata dengan adanya kelulusan profesional, kerjaya sebagai pengurus rumah boleh dijadikan satu industri pekerjaan.
"Ada rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap pekerjaan pembantu rumah, mungkin kerana beberapa faktor seperti gaji yang murah. Dengan adanya kelayakan profesional, sudah tentu gajinya juga akan meningkat.
"Tetapi majikan perlulah membayar gaji yang lebih tinggi, juga manfaat yang lain seperti caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), barulah kualiti kerja yang ditawarkan meningkat," kata beliau.
Ibu kepada tiga orang anak, yang hanya mahu dikenali sebagai Ida Mohamad, bersetuju dengan pendapat ini.
"Ada prasangka terhadap kerjaya pembantu rumah. Majikan enggan bayar lebih daripada RM400 sebulan sebagai gaji mereka.
"Kalau kita mahu kualiti kerja yang bagus, maka skim pengurus rumah amat sesuai tetapi kita mesti bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi", kata beliau.
Ida, seorang penjawat awam, berkata skim gaji yang lebih tinggi serta kelayakan profesional akan menarik minat lebih ramai rakyat tempatan untuk memilih kerjaya sebagai pengurus rumah.
"Ramai (rakyat Malaysia) yang tidak mahu jadi pembantu rumah. Mungkin dengan wujudnya jawatan pengurus rumah, ramai yang akan lebih berminat?" kata beliau.
PENGURUS RUMAH
Di beberapa negara barat, ibu bapa yang sibuk dengan kerja, mengambil khidmat pengurus rumah, menurut seorang pensyarah universiti yang enggan namanya disiarkan.
"Pengurus rumah boleh membantu keluarga dengan menyelesaikan kerja-kerja rumah. Beliau boleh juga menolong membayar bil-bil, membeli barang keperluan dan menjaga anak-anak majikan," katanya.
"Mereka ini terlatih di institusi yang formal sebelum melayakkan mereka digelar pengurus rumah. Mereka ini tidak semestinya tinggal dengan majikan, tetapi boleh datang bekerja setiap hari," kata beliau.
Pada tahun 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkenal program Latihan Asas Pengurus Rumah untuk mengurangkan pergantungan terhadap pembantu rumah asing.
Langkah itu juga untuk menimbulkan budaya profesionalisme dalam kerjaya pembantu rumah dan menghindarkan persepsi tentang tanggungjawab rumah hanya tertumpu pada suri rumah dan juga pembantu rumah.
Program latihan itu merangkumi aspek penjagaan anak, pengurusan rumah, psikologi kanak-kanak serta bantuan kecemasan. Ia juga untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
Program latihan itu merupakan idea yang baik. Tetapi mengikut laporan berita, sambutan terhadap program itu sebagai satu bidang kerjaya agak dingin daripada kalangan peserta sendiri kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup menawarkan gaji tinggi terhadap pengurus rumah ini.
POYOSEDE COMMENT :
Koi setuju gak jika pembantu rumah dari kalangan warganegara kita. Ini boleh mengurangkan kemasukan warga asing ke Malaysia. Disamping itu boleh juga membuka ruang pekerjaan kepada anak-anak generasi muda yang masih terkial-kial mencari pekerjaan.
Koi harap kerajaan dapat mengkaji bagaimana sistem ini dapat dilaksanakan tanpa menyusahkan majikan dan pembantu itu sendiri..

0 ulasan:
Catat Ulasan