BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 6 Julai 2009

PAS Kelantan gagal jaga kebajikan


KUALA KRAI - Pengundi di Manek Urai perlu menolak calon Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pemimpin Pas di negeri itu hanya tahu bercakap dan menyalahkan orang lain, tetapi kenyataannya rakyat dipinggirkan dan mundur serba-serbi berbanding negeri lain.

Beliau berkata, pengundi perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan.

“Semasa saya datang ke sini, saya banyak melihat poster Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) menadah tangan berdoa, saya tertanya-tanya apakah doa beliau? Apa yang saya fikir, sekarang sudah 20 tahun Allah SWT memberi Pas untuk memerintah negeri ini, tetapi Kelantan masih teramat miskin, saya sedih melihat keadaan penduduk di sini,” katanya.

Beliau ketika ditemui pada Majlis Serahan Bantuan Kepada Penduduk Miskin kawasan peti Undi Kampung Laloh di sini, semalam turut mempertikaikan Pas sering menggelar UMNO kafir dalam ceramah mereka sedangkan sekarang Pas tunduk kepada kehendak DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kenapa Pas sanggup duduk bersekongkol dengan DAP? Bagaimana pula anggapan DAP terhadap Islam, sedangkan perjuangan mereka hanya untuk sesetengah pihak saja. Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain tidak ekstrem dan jangan sesekali disebabkan politik, kita membelakangkan isu-isu agama,” katanya.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO turut mempersoalkan kenapa Pas menolak terus cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO sedangkan ia satu cadangan yang amat baik.

“Orang yang mula-mula mencadangkan perkara ini adalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kalau tidak boleh membentuk apa yang dicadangkan pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya kita dapat berbincang berkenaan bangsa kita.

“Kenapa Pas tidak mahu meneruskan dialog dengan UMNO, sedangkan kita sebagai umat Islam ditegah untuk berpecah-belah,” katanya.

Ditanya fokus BN pada pilihan raya kecil ini, Shahrizat berkata, sukar menarik pengundi di kawasan kubu Pas sebelum ini.

“Pengundi di kawasan ini dimainkan oleh retorik politik yang sama sejak dulu lagi dan bukan senang untuk kita mengubah pemikiran penduduk di sini dan sudah pasti BN akan bekerja lebih kuat lagi,” katanya.

POYOSEDE COMMENT :

Wahai pengundi Manek Urai buka minda ! think positif ! Mari kita tukar PAS kepada UMNO. Mengapa masih dibelenggu bayangan wajah Tok Guru yang dah nyanyok dan perasan alim itu..Selama 20 tahun ape yang Nik Aziz dah buat, nothing selain daripada berdoa, doa tanpa usaha is nothing. Walaupun PAS mengkafirkan UMNO tetapi tidak disisi Allah SWT. Yang membezakan manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Taqwa, adakah orang PAS semua beriman? Adakah orang UMNO tidak ada seorang pun yang beriman? Hanya Allah yang mampu mengetahuinya....

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sehubungan itu, beliau(Nik Aziz) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya majikan memberi cuti kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka kerana tarikh pengundian ditetapkan pada hari bekerja.- ngapa beliau memohon akta itu dikuatkuasakan???adakah beliau gusar akan kalah dalam PRK Manik Urai???dek kerana banyak konflik dalam PAS yg membuat pengundi meluat...koi setuju bebeno pengundi2 Manik Urai mesti bangun dari terus lena dek krn dh terlalu lama PAS mentadbir Kelantan, tp masih tiada perubahan dan Kelantan terus tidak membangun..cuba kita tgk T'ganu, slps BN mengambil alih T'ganu, banyak pembaharuan yg dilakukan n bilangan pelancong jg dtg dan melawat T'ganu juga telah bertambah...nikan membawa kebaikan...Tambah2 lg slogan PM mmg tlh membawa banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat Malaysia...