BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 14 Julai 2009

Jom Baca

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada ahli UMNO yang bercita-cita menjadi wakil rakyat supaya membuktikan komitmen mereka serta berjasa kepada parti.

Presiden UMNO itu berkata ahli yang berminat perlu bekerja kuat mulai sekarang bagi memperkasakan parti agar dapat memenangi kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekarang saya beri amaran. Jangan harap (dipilih). Kami nak pilih orang yang berjasa kepada parti," katanya pada majlis makan malam UMNO Perhubungan Kedah di sini Isnin.

Perdana Menteri berkata ada ahli UMNO yang ghairah melobi untuk mendapatkan tempat dalam parti atau sebagai calon pilihan raya.

""Kalau tak dapat lobi saya, (mereka) lobi pegawai saya, kalau tak dapat pegawai saya, lobi semua orang," katanya.

Beliau meningatkan semua ahli bahawa sokongan rakyat adalah amat penting bagi memastikan UMNO terus menjadi peneraju pentadbiran negara dan kepimpinan parti sentiasa dilihat dekat di hati rakyat.

Katanya UMNO perlu diperlihatkan sebagai sebuah parti yang mendahului zaman dan tidak membiarkan pihak lain yang menjadi juara pembaharuan.

Najib berkata pentadbirannya akan sentiasa mendengar suara rakyat yang merupakan suara keramat dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, menurut Perdana Menteri, setiap pemimpin UMNO perlu mencerminkan parti itu sebagai sebuah parti yang mengutamakan rakyat.

Katanya, usaha memulihkan kekuatan parti di negeri itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan mengelakkan sikap "enau dalam belukar" yang hanya gemar melepaskan pucuk masing-masing.

Beliau berharap UMNO Kedah tidak selamanya menjadi pembangkang dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

Majlis itu turut dihadiri oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Othman Arof dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.


POYOSEDE COMMENT :

DS Najib telah membuktikan kepada rakyat yang beliau benar-benar mendengar denyut nadi rakyat. Beliau telah dan akan melaksanakan 1 Malaysia dengan sebaik mungkin. Selama 100 hari menjadi PM berbagai langkah untuk membangunkan Ummah telah dilaksanakan. Disamping memikirkan kepentingan Melayu beliau tidak lupa kepada bangsa lain yang juga menjadi sebahagian kita.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh DS Najib adalah meliberalisasikan 21 sektor yang mana sebenarnya amat kurang penglibatan bumiputera seperti syarikat perkhidmatan, teknologi, IT dan kewangan. Diikuti pula dengan pemansuhan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang dikatakan menjadi penghalang kepada pencapaian 30% ekuiti bumiputera yang ditetapkan pada tahun 1970.

Kita tahu bahawa DS Najib menyambung tugas dan amanah ketika keadaan ekonomi dan poltik yang tidak stabil. Walaupun begitu dalam masa 100 hari beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik. PPSMI dimansuhkan berikutan ramai pelajar-pelajar terutama pelajar Melayu yang tidak dapat mengikuti pembelajaran Maths dan sains dalam bahasa Inggeris. DS Najib berkata pemansuhan itu bukan bermakna kerajaan tidak mengambil berat twentang kepentingan bahasa Inggeris tetapi untuk menigkatkan prestasi bahasa Inggeris dikalangan pelajar Melayu , kredit hours akan ditambah dan akan diwujudkan matapelajaran sastera Inggeris.

DS Najib sentiasa mengutamakan Melayu dalam segala aspek contohnya UITM yang merupakan satu-satu Universiti untuk Bumiputera. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu agar UITM dibuka kepada kaum lain selain bumiputera, perkara ini dicadangkan oleh bangsa Melayu yang tidak sedar diri iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim... Tetapi diatas usaha DS Najib UITM akan kekal untuk bumiputera.

Ramai masyarakat yang keliru dan tidak faham tentang liberalisasi yang telah dilakukan DS Najib, hakikatnya bukan semua perkara diliberalkan. Contohnya dari segi keselamatan tentunya tidak sesekali diliberalisasikan. Sistem meritokrasi dalam syarikat bumiputera diperkenalkan untuk mewujudkan persaingan dikalangan mereka.

DS najib juga akan memastikan setiap wakil rakyat memenuhi KPI mereka. Dalam PRU 13 nanti hanya calon yang dipilh rakyat sahaja akan dipilih oleh BN.

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita menjaga keutuhan dan kesejahteraan bersama dalam menangani cabaran perubahan lanskap ekonomi dunia dan juga perubahan persekitaran sosial.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah jiwa seorang pemimpin, apa yang dibuat mesti untuk untungkan rakyat. Begitulah hakikat sebenar YAB.PM menitikberatkan anak bangsa sebagai pewaris negara untuk menerajui kepimpinan negara. Syabas...............

poyosede berkata...

Pesanan kepada anak bangsa :

Jangan tersalah pilh pemimpin kerana pemimpin hari ini penentu kejayaan masa hadapan...