BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 15 Julai 2009

Tahniah BN !




KUALA KRAI,Kemenangan tipis PAS di Manik Urai dengan majoriti 65 undi membuktikan sebahagian besar pengundi kawasan itu mahu pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ia juga menepis anggapan bahawa pembangunan fizikal tidak diperlukan di kawasan itu yang mempunyai lebih 80 peratus daripada 30,000 penduduk berpendapatan rendah seperti pekebun kecil dan penoreh getah.

Sekalipun BN kecundang dalam usahanya menawan kubu kuat PAS itu, namum mesej pembangunan dan pembelaan yang cuba dibawa menepati sasaran pengundi di Manik Urai.

Dari sudut politik ianya dilihat sebagai tamparan kepada PAS, yang pada awalnya yakin mempertahankan kawasan itu dengan majoriti selesa sehingga 2,000 undi mengikut bancian awal.

Sepanjang lapan hari berkempen, BN berjani akan membawa pembangunan di kawasan itu, antara lain membina jambatan baru di Manik Urai Lama dan Masjid di Temalir selain berhasrat menjadikan Manik Urai sebagai Kota Agropolitan.

Agenda pembangunan itu disangkal PAS dengan mendakwa BN hanya mementingkan "urusan dunia" dengan pembangunan fizikal dan meninggalkan tuntutan agama.

Tidak seperti BN yang menjelaskan apa yang ditawarkannya kepada penduduk Manik Urai, PAS dan pakatan pembangkang lebih cenderung memainkan isu agama, isu royalti minyak, selain menggunakan beberapa isu nasional seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan krisis politik di Perak.

Kemenangan tipis itu sebagai "kemenangan moral" kepada BN Kelantan pimpinan Datuk Mustapa Mohamed yang berjaya mengurangkan majoriti 1,352 kepada 65 undi.

"Faktor jentera BN yang berkesan dan sistematik membawa kepada keputusan itu," kata pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Tanpa menjelaskan apa yang akan dilakukan parti itu di Manik Urai, PAS dilihat lebih "ofensif" dengan serangan peribadi kepada kepimpinan UMNO dan BN selain menjawab setiap serangan ditujukan kepadanya.

Antaranya mengenai isu kerajaan perpaduan yang berjaya dimanipulasi parti itu dengan membawa timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pada saat-saat akhir kempen untuk mengembalikan sokongan penyokongnya.

"Isu kerajaan perpaduan dianggap selesai apabila Nasha cium tangan Tok Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," kata penyokong PAS merujuk kepada isu itu yang ditentang keras Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta Anggota Parlimen Bachok itu melepaskan jawatan jika beliau meneruskan idea kerajaan perpaduan bersama UMNO, yang asalnya dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50 memperoleh 5,348 undi untuk menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang mendapat 5,283 undi.

Peratusan keluar mengundi juga melepasi sasaran 85 peratus kepada 87 peratus atau 10,631 daripada 12,293 pemilih di sembilan peti undi.

Namun bagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, keputusan di Manik Urai itu tidak menggambarkan penolakan kepada mana-mana parti bertanding kerana majoritinya yang tipis.

"Ia juga bukan kekalahan total kepada BN," kata Ahmad Atory.

Dari sudut lain, kekalahan "tidak dramatik" itu juga memberikan semangat baru kepada BN selepas parti itu hanya menang satu daripada enam pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini sejak awal tahun.

"Kejayaan merapatkan jurang itu mengembalikan semangat UMNO bahawa mereka masih diterima orang Melayu khususnya di Kelantan," kata Ahmad Atory.

Sekalipun tidak memihak kepada BN, keputusan di Manik Urai merupakan peringatan kepada PAS bahawa mereka tidak boleh lagi mengikut lenggok lama untuk memisahkan antara pembangunan rohani dan jasmani.

__________________________
POYOSEDE COMMENT :

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur PRK Manek Urai kali ini walaupun UMNO kalah,sekurang-kurangnya kita dapat menawan hati rakyat Kelantan dengan majoriti tipis sebanyak 65 undi. Sudah terbukti mereka mahukan perubahan dan pembangunan di tempat mereka. Selama ini mereka hati mereka ditutup oleh ketaasuban mereka terhadap kemuliaan Tok Guru. Now they will see who is Tok Guru ...

8 ulasan:

Ekeng A/L Etong berkata...

PAS nak buat 'post mortem'.

Biasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.

Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.

Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.

Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.

PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!

Tanpa Nama berkata...

mende ekeng ni?? .. copy paste jer ayat yang sama dari blog sana sampai la ke blog sini????

takpelah... lantak dia.. :P

isu agama? biasa .. dah lali dengan cara pas berkempen ni.. tu jer kekuatan dorang.. satu2nya parti politik yang menggunakan agama utk meraih undi..

isu ISA? dah basi .. tapi still nak guna.. dah lepas semua tahanan dah .. still tak puas hati.. tandanya PAS dah ketandusan idea.. puak erdogan pun dah mati kutu...baguslah..

isu royalti minyak? dah MB yang tak kasi .. camne nak bagi?

isu perak? dah cara lantikan nizar adalah sama dengan cara lantikan zambry.. nak kecoh ape lagi?

dapat mengurangkan jumlah undian pengundi kepada pas itu adalah petanda baik yang kerajaan mulai diterima oleh rakyat...

syukur alhamdulilah...

poyosede berkata...

Betul tu, la ni barulah Nik Aziz sedar helahnya sudah berjaya dikesan rakyat Kelantan.. Thanks to ekeng & media siber teruskan perjuangan !

zainal abidin awang kechik berkata...

tulisan anda baik
tapi banyak benda anda kurang arif

salam

Ngah Ahmad berkata...

tah pape la..kalau aku org umno, mesti aku sbelahkan umno, kalau aku org pas mesti aku sbelah kn org pas. tp kalu diikutkan sama2 badigol pasl brentam sama melayu.. tgkla dulu nk ckp 2..korunk ade fkta ke? ade p siasat? wei aku ni da byk kali p umh tok guru tau x..rumah biasa2 je.. rumh kjaan utuk mb mana dia dduk,xmcm kbykn org umno y cpt kelabu mata bila diberi kelebihan sbg menteri..da lagi pulak boleh dikatakn bagi betis nk peha.. yang nk berselindung lagi prgai trang2 umno ni pasai po? da cukuplah... tok guru 2 bkn jalang2 org ko nk hina...ko kna knal..bukala hati.jgn lah smpi taksub pada prti, ko men hentam jek ckp..aku igt blog yang colourful ni berguna..tp sia2 je colourful tp akai cam dak kecik..terlalu taksub hingga mnmpakkan diri bodoh...sedar lah k..biar sesuai dgn nama...wassalam

poyosede berkata...

Time kasih la keramat kerana sudi nak ngomen, ko tau tak tok guru ko tu pura-pura je.. berselindung disebalik wajah.. disebalik perkataan Islam.. hati ko tu dah buta taasub sangat, ko tau tak dia tu manusia bukan nabi. ko ingat Allah bagi hak kat dia ke kafirkan orang lain...

poyosede berkata...

To Zurich alqaaf boleh takrifkan pada saya maksud kurang arif? kurang arif dari segi apa ?

PK berkata...

Slm Sahabat..

1. Tahniah kepada BN kerana berjaya mengurangakan bilangan majoriti undi pembangkang.

2. Teruskan perjuangan sahabat parti keramat kita.